Saranan DEB digantikan dengan Agenda Ekonomi Baru (Bhg II)
Dari analisis Bhg I , jelas ada dua pendekatan utama yang diambil terhadap laporan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli). Satu, pendekatan kerajaan yang cuba mempertahankan 'kewibawaan' metodologi perkiraan EPU (Unit Perancang Ekonomi) yang dianggap oleh Asli sebagai metodologi yang sempit, ketinggalan zaman dan tidak realistik.
Kerajaan tiada pilihan melainkan mempertahankan metodologi EPU kerana alasan kerajaan meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah berasaskan kepada 'kegagalan' DEB mencapai matlamat 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera.
Rasional kerajaan untuk meneruskan DEB, telah diutarakan secara terus terang oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika DEB tidak diteruskan maka mungkin berlaku huru-hara di negara kita.
Yang tersirat ialah untuk mengelakkan negara kita daripada dilanda huru-hara, maka DEB harus diteruskan berasaskan metodologi perkiraan EPU yang merumuskan bahawa ekuiti pemilikan bumiputera sekarang hanya kurang daripada 20 peratus, iaitu masih belum mencapai matlamat 30 peratus yang disasarkan dalam DEB.

Ini juga bermakna, daripada pertimbangan politik perkauman, metodologi perkiraan Asli yang merumuskan bahawa ekuiti pemilikan bumiputera telah melebihi 30 peratus, sudah barang tentu tidak dapat diterima.
Jika metodologi perkiraan Asli terbukti berasas, bermakna walaupun matlamat 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera telah tercapai, masalah kemiskinan orang Melayu tetap tidak dapat diselesaikan.
Suatu penipuan besar Umno kepada kaum Melayu ialah DEB seolah-olah ubat mujarab untuk menyelesaikan kemiskinan orang Melayu. Oleh itu, mempertahankan pelaksanaan DEB seterusnya adalah mempertahankan kepentingan Melayu pada keseluruhannya.
Oleh itu, sesiapa yang mempersoalkan kewibawaan metodologi atau hasil perkiraan EPU akan dianggap sebagai berniat jahat, tidak bertanggungjawab dan anti-Melayu.
Pandangan Anwar, Khalid
Dalam suasana perkauman yang tebal di mana DEB masih disandar sebagai strategi utama bagi menyelamatkan kaum bumiputera dari segi ekonomi, pemimpin Melayu yang berani menentang DEB dengan lantang seperti yang dilakukan oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim, dan bendahari PKR Khalid Ibrahim, patut disanjung tinggi.
Penegasan Khalid yang merupakan pengasas Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada awal 1980-an dan menjadi ketua eksekutifnya selama lebih 20 tahun dan bekas penyokong kuat DEB yang kini mengibaratkan dasar itu sebagai barah masyarakat Malaysia, tentu ada sebab musababnya.
Bila diwawancara oleh wartawan Malaysiakini baru-baru ini, pensyarah tamu di Universiti Oxford ini membuat kritikan hebat terhadap DEB, berasaskan kepada teori dan pengalamannya yang luas di dalam negeri dan secara global, dan merumuskan gejala-gejala penyakit barah DEB seperti berikut:
DEB ditakrif sebagai satu tindakan afirmatif iaitu kita mendiskriminasi satu pihak bagi memberi peluang kepada pihak yang lain untuk membaiki dirinya dengan harapan jurang perbezaan dalam komuniti dapat dirapatkan kini telah disalahgunakan oleh sekelompok kecil masyarakat bumiputera untuk membolot kekayaan korporat.
Diberi contoh para ketua bahagian Umno yang berpeluang mendapat kontrak dari kerajaan bagi mengumpul dana bagi membiayai aktiviti politik mereka. Kerap berlaku mereka tidak tahu apa-apa tentang projek berkenaan. Mereka hanya menjadi 'orang depan' bukan bumiputera yang mahukan projek tersebut. Amalan ini telah jadi satu tabiat dan norma.
Malah, pertelagahan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekarang pun tertumpu kepada soal pengagihan kontrak, bukannya tentang nasib orang miskin yang semakin hari semakin terpinggir.
Kos sesuatu projek melambung tinggi akibat rasuah berbentuk kuasa dan wang, dalam usaha mendapatkan kontrak brkenaan. Sub-kontraktor terpaksa menaikkan sebutharga mereka bagi menampung rasuah yang diberi kepada 'orang depan' yang mendapatkan kontrak berkenaan.
Tanpa DEB, dipercayai kita boleh mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi, kerana kita dapat menggunakan sumber-sumber kita dengan lebih baik. Pertumbuhan tahunan ekonomi kita dianggarkan boleh meningkat lebih tinggi, antara 3 hingga 4 peratus lagi.
Tujuan DEB untuk melahirkan tokoh korporat dan usahawan Melayu, terutamanya yang bertaraf dunia jelas sudah gagal.
Terus terpinggir
Justeru, kata Khalid, sama ada sasaran DEB sudah tercapai atau belum, orang Melayu dan Cina yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan telah menikmati faeadah yang besar manakala rakyat biasa yang miskin terus terpinggir.
Dalam hubungan ini, yang penting bukan perkiraan yang tepat, tetapi DEB harus dihentikan demi kebaikan rakyat semua kaum dan pertumbuhan ekonomi negara.
Di pihak yang lain, Penasihat PKR Anwar Ibrahim pula telah menyaran agar sebuah Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pegangan Ekuiti dan Kemiskinan, ditubuhkan untuk menyiasat kedudukan sebenar ekonomi negara kita.
Beliau berpendapat, sudah tiba masanya kerajaan melakarkan Agenda Ekonomi Baru yang bergerak melangkaui isu-isu perkauman, yang perlu menekankan kepada dayasaing negara dan keadilan sosial untuk semua!
Saranan Anwar yang melangkaui batasan kaum itu patut dialu-alukan sebagai strategi utama untuk mengatasi kemiskinan dan ketidak-setarafan sosial tanpa mengira kaum.
Kajian akademik dan tekanan perkauman (Bhg I)

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.