Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bila mata saya terbaca tajuk berita "Malek dapat RM2.5 juta salah tahan ISA", amat sukar hendak saya mempercayai kebenarannya. Kerana pada prinsip perundangan, mana ada penahanan ISA tanpa dibicarakan di mahkamah itu bukan "salah tahan" pada erti kata sebenarnya, tapi pada beribu-ribu bekas tahanan ISA itu, siapakah yang pernah dibayar gantirugi?

Bagaimanapun, justeru kerana kemenangan Abdul Malek Hussin - seorang bekas tahanan ISA - itu adalah di luar jangkaan, maka ia harus dialu-alukan sebagai suatu kemenangan bersejarah bagi perjuangan menentang kezaliman ISA, bukan cuma dari segi bayaran gantirugi, tetapi yang lebih bermakna ialah dari segi peningkatan semangat juang untuk memansuhkan undang-undang zalim itu.

Maklumlah, apa yang dialami Abdul Malek bukan kes terpencil, tetapi pengalaman tipikal para tahanan ISA yang dianggap 'keras' dan 'degil', dan ingin sangat dipatahkan semangatnya agar dapat di'turn-over' ke pihak kerajaan.

Seksaan mental dan fizikal yang dialami Abdul Malek - termasuk kurungan seorang diri, dibogelkan dan dipaksa berdiri di depan penghawa dingin, dibelasah beramai-ramai sehingga pengsan dengan tangan digari ke belakang dan mata tertutup, kemaluan dan duburnya dipukul dan dicucuk dengan benda keras, dipaksa minum air kencing dan makan tahi anjing, digertak akan disuntik dengan virus HIV dan anak-anak dan isterinya akan diganggu, dilarang berjumpa dengan doktor, ahli keluarga dan peguamnya, dilarang membuat aduan polis dan memfailkan permohonan habeas corpus, diugut akan ditahan semula bila-bila saja dan sebagainya - memang amat dahsyat dan menakutkan.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS