Most Read
Most Commented
mk-logo
Driving Transformation
KLIA Laksanakan Sistem Baharu, Mudahkan Kelancaran 45,000 Kenderaan

Tahukah anda bahawa KLIA menerima lebih 60 juta penumpang setiap tahun, dan telah disenaraikan sebagai lapangan terbang paling terhubung di Asia Pasifik, sekaligus mengukuhkan kedudukan negara sebagai pintu masuk serantau bagi pelancongan dan perniagaan.

Namun, pertumbuhan jumlah penumpang turut memberi kesan kepada trafik kenderaan di sekitar lapangan terbang itu. Bayangkan suasana menjadi terlalu sibuk ketika menurunkan atau mengambil orang tersayang kemudian disusuli rasa kecewa apabila aliran trafik menjadi perlahan akibat kenderaan yang berhenti terlalu lama. 

Menurut
Malaysia Airports, kira-kira 45,000 kenderaan keluar masuk di kawasan ‘kerbside’ KLIA Terminal 1 dan 2 setiap hari manakala pada waktu puncak, jumlah kenderaan berhenti di kawasan itu boleh mencecah 5,000 kenderaan serentak. Ia menggambarkan betapa sibuknya operasi di kedua-dua terminal.

Aliran trafik lebih pintar, pengalaman lebih lancar

Bagi menangani kesesakan, KLIA telah memperkenalkan inisiatif baharu iaitu Sistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS). Bermula September lalu, sistem ini berada dalam fasa percubaan sehingga 30 November 2025.

Di KLIA Terminal 1, VAMS dilaksanakan di Aras 5 (pelepasan) dan Aras 3 (ketibaan), manakala di KLIA Terminal 2, ia meliputi Aras 3 (pelepasan) dan Aras 2 (ketibaan). Sistem ini bertujuan melancarkan aliran trafik, meningkatkan keselamatan dan menyediakan akses terminal yang lebih lancar.

Menggabungkan automasi, data, dan kecerdasan buatan (AI), VAMS membolehkan pengurusan pergerakan kenderaan dilakukan dengan lebih berkesan, terutamanya di kawasan kerbside.

Panduan VAMS:

1. Pandu dan hantar
Sistem VAMS akan mengesan nombor plat kenderaan secara automatik, manakala kamera pintar (AI) memantau pergerakan kenderaan bagi memastikan aliran masuk dan keluar berjalan lancar.

2. Tempoh henti-cermin percuma
Pemandu digalakkan menghantar atau mengambil penumpang dalam tempoh 10 minit.

Sistem mesra pengguna
VAMS beroperasi secara automatik sepenuhnya, membolehkan pemandu menghantar dan mengambil penumpang tanpa perlu mendaftar, memuat turun aplikasi atau atau mempunyai peranti tambahan.

Sistem ini memantau pergerakan kenderaan secara langsung, manakala paparan digital menunjukkan tempoh kenderaan berada di kerbside, memastikan aliran trafik lebih lancar. 

Bagi mereka yang ingin memarkir dengan lebih lama, terdapat
Short-Term Car Park (STCP) di KLIA Terminal 1 yang terletak bersebelahan serta disambungkan ke Bangunan Terminal Utama. Ia menawarkan parkir percuma bagi 15 minit pertama, dengan lebih 5,000 ruang parkir tersedia di Blok A, B dan C bagi kemudahan penumpang.

Bagi penempatan kenderaan jangka panjang, Long-Term Car Park (LTCP) berhampiran Malaysia Airports Academy menyediakan lebih 5,000 ruang parkir percuma bagi 30 minit pertama. Tidak perlu risau tentang jarak ke terminal, kerana bas ulang-alik percuma beroperasi setiap 10 minit turut disediakan bagi memudahkan akses.

Menuju visi lapangan terbang pintar
Selain mengurangkan kesesakan, VAMS merupakan satu inisiatif penting dalam merealisasikan visi Malaysia Airports untuk mewujudkan ekosistem lapangan terbang pintar berasaskan data. Melalui AI dan pemantauan masa nyata, VAMS meningkatkan pengalaman penumpang dan menyokong perancangan trafik.

Melalui analisis data keluar masuk kenderaan, pihak lapangan terbang dapat mengenal pasti corak trafik, mengoptimumkan operasi kerbside, serta mempertingkat penempatan marshal trafik dan kakitangan sokongan. Usaha ini membantu memastikan keselamatan trafik bertambah baik, dan respons semasa waktu puncak menjadi lebih pantas. 

VAMS membuktikan komitmen Malaysia Airports terhadap inovasi, keselamatan dan kecemerlangan perkhidmatan, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan bertaraf dunia.


Siri Memacu Transformasi ini adalah hasil kerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS