Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ketika Dewi Sandra 'mencabar' Tuhan
Diterbitkan:  Jul 2, 2015 2:52 PM
Dikemaskini: 7:11 AM

Berhijab tiba-tiba, tetapi proses yang dilalui untuk Dewi Sandra bertudung begitu sebenarnya melalui proses yang panjang.

Aktres filem Haji Backpacker itu mendedahkan suatu ketika dulu dia pernah 'mencabar' Tuhan apabila kesibukan menjadi penghibur menyebabkan dia mengabaikan keperluan rohani.

Katanya, setiap hari dia menghiburkan orang ramai di atas pentas.

"Saya bersemangat dengan kostum saya, tetapi apabila persembahan berakhir, saya gelisah bagaikan ada sesuatu yang tidak lengkap," katanya.

Begitu juga dialaminya setiap kali memenuhi kehendak penganjur acara yang meminta dia berpakaian seksi.

Keadaan itu, kata Dewi Sandra, menyebabkan hatinya tertanya-tanya apakah sebenarnya 'bakat' yang dipamerkan kepada orang ramai.

"Nampaknya kala itu bukan suara atau kelebihan seni yang dipertaruhkan," katanya.

Setelah tiada lagi sesiapa

Dua tahun sebelum memutuskan berhijab, penyanyi yang lahir di Brazil itu ditimpa pelbagai dugaan pahit, bermula dengan kehilangan orang tua dan berterusan dengan krisis rumah tangga yang kemudian membawa kepada perceraian.

Di depan khalayak ramai Dewi Sandra, 35, memang kelihatan tabah menghadapi dugaan berkenaan namun batinnya tetap goyah.

Katanya, ketika itu dia memang berada di puncak kemasyhiran dan mempunyai ramai sahabat namun peneman sebegitu tetap mempunyai batasan.

Ketika itulah, katanya, dia mula mendekatkan diri kepada Tuhan.

"Saya punya sahabat, tapi sahabat tidak boleh menemani saya selama 24 jam. Satu-satunya tempat untuk saya mengadu hanya kepada Allah.

"Saya mendekatkan diri kepada Allah karena saya tidak punya siapa-siapa lagi," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS