Selepas lima jam beraksi, peminat kumpulan Blur terpaksa merelakan vokalis pujaan mereka Damon Albarn didukung pergi dari pentas dalam persembahan mereka di Festival Muzik Roskilde di Denmark kelmarin.

Albarn sedang teruja mendendangkan lagu dari album mereka, Africa Express, apabila pengurus pentas Dave Prentice yang dikenali sebagai Big Dave mengarahkan konsert berkenaan dihentikan.

Waktu ketika itu sudah jam 4 pagi.

Festival muzik yang menjadi acara tahunan di Denmark itu adalah satu daripada pesta hiburan terbesar di Eropah.

Turut ditampilkan tahun ini bersama Blur ialah pemuzik Afrika yang berkolaberasi dengan Albarn dalam album Maison Des Jeunes - projek Africa Express yang dilancarkan awal tahun 2013.

Persembahan itu dimeriahkan lagi dengan kemunculan Nick Zinner (Yeah Yeah Yeahs), Seye Adelekan dan Songhoy Blues.

Selain itu, anggota lain Blur, Graham Coxon dan Laura Mvula turut membuat persembahan.

Ketika jarum jam menunjukkan waktu 4 pagi, Prentice mengarahkan Albarn berhenti tetapi penyanyi itu tidak mengendahkannya.

Tanpa banyak pilihan Prentice kemudian mengangkat Albarn ke belakang pentas bagi menamatkan konsert berkenaan.