Rivers Cuomo, vokalis kumpulan rock alternatif Weezer, mengesahkan komedi adaptasi kehidupannya secara longgar tidak akan disiarkan menerusi kaca televisyen.

Menurut penyanyi berusia 45 tahun itu, De Tour langsung tidak terpilih memasuki siaran rangkaian Fox Amerika Syarikat.

“Begitu aneh, dalam muzik, jika kamu hasilkan album dan syarikat label buat keputusan tidak mahu terbitkannya, kamu masih boleh awanya ke tempat lain dan mungkin ia boleh datangkan kejayaan.

“Sekurang-kurangnya ia diterbitkan. Tetapi bagi TV, apa yang saya pelajari ia tidak seperti itu. Pilot TV dibuat, dan berjaya dihabiskan malangnya, kami tidak boleh tunjukkan kepada sesiapa!

“Tiada siapa yang dapat melihatnya dan menjadi satu pembaziran wang yang besar,” katanya seperti dilaporkan NME .

Kisah itu ditulis oleh Steve Franks,yang sebelum ini rancangan siri Psych .

Antara barisan pelakon yang memegang watak dalam De Tour , Ben Alfridge (Cuomo), Peter Gallagher dan Olivia Thirlby.

Episod pengenalan De Tour menceritakan kisah seorang bintang rock berusia 30-an yang bimbang dengan kejayaannya lalu menjauhkan diri daripada populariti pada kemuncak kariernya.

Watak itu cuba membongkar bahagian hidupnya yang tertinggal semasa bintang rock itu menjadi popular.