Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Isyana mentafsir merdeka: Bebas dari kebodohan
Diterbitkan:  Aug 25, 2015 11:00 AM
Dikemaskini: 3:14 AM

Selama puluhan tahun makna kemerdekaan tidak pernah berubah, namun bagaimana cara generasi muda menghayati kemerdekaan?

Penyanyi Isyana Sarasvati mempunyai cara sendiri mentafsirnya.

Gadis berusia 22 berasal dari Bandung Indonesia itu melihat kemerdekaan sebagai bentuk mengekspresikan potensi diri dan menghargai hak sesama individu.

“Makna kemerdekaan bagi saya adalah kebebasan untuk menjadi kreatif dan mengemukakan pendapat melalu pelbagai media.

“Kebebasan itu masih menjaga moral dan etika serta tidak mengganggu kebebasan orang lain,” katanya.

Bagi penyanyi Keep Being You itu, biarpun negaranya sudah merdeka dan bebas daripada penjajahan asing, perjuangan masih belum berakhir.

Kemiskinan juga

Menurutnya, perjuangan sedemikian harus diteruskan agar rakyat Indonesia merdeka daripada kemiskinan dan kebodohan.

Namun, Isyana akui, perjalanan untuk memiliki kemerdekaan seperti itu masih jauh.

“Saya kira kita perlahan-lahan sudah mengatasi masalah kemiskinan dan kebodohan,” katanya.

Dalam pada itu, Isyana tidak mudah melupakan jasa dan bakti pahlawan negaranya yang berjaya memperoleh kemerdekaan.

“Saya berterima kasih kepada pahlawan yang berjaya merebut kemerdekaan. Berkat jasa mereka, Isyana boleh mengecapi nikmat kemerdekaan.

“Saya mampu mendapatkan pendidikan yang baik malah berkesempatan melanjutkannya ke taraf profesional,” katanya.

Isyana memiliki ijazah Akademi Seni Halus Universiti Nanyang Singapura dan Royal College of Music di United Kingdom.

Dia pernah melanjutkan karier sebagai penyanyi opera di Singapura selain dicalonkan dalam Anugerah Pilihan Indonesia (2015).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS