Bukan penduduk Malaysia dan Singapura saja kelemasan akibat jerebu sekarang.

Di Kalimantan Tengah penyanyi Sakitnya Tuh Di Sini dilaporkan terpaksa menggunakan alat bantuan perafasan apabila berada di kawasan itu.

Media melaporkan Cita Citata diundang untuk membuat persembahan di Buntok.

Kebetulan kawasan itu memang diselaputi jerebut tebal menyebabkan dia sukar bernafas.

Walaupun memakai penutup hidung, ia ternyata gagal memberi sebarang kelegaan kepada Cita Citata.

Penyanyi berusia 21 tahun itu sempat memuat naik gambarnya dalam keadaan terbaring bersama penutup muka.

kita adalah pasukan siap tempur 😎😷

A photo posted by cita citata (@cita_citata) on

Seperti dijangka gambar itu segera mencetuskan kebimbangan di kalangan peminatnya.

Sebelum itu berlaku sedikit kekecohan apabila penerbangan Cita Citata ke Kalimantan ditangguhkan akibat gangguan jerebu yang mengehadkan jarak penglihatan.

Dia juga memuat naik gambarnya bersama rakan di Lapangan Terbang Palangkaraya, Tjilik Riwut.

Bagaimanapun Cita Citata tetap mengadakan persembahan untuk peminatnya di Buntok.

Sejuru selepas itu dia segera kembali ke Jakarta.