Agnez Mo penghias Pos Indonesia
Ada sebab untuk penyanyi Agnes Monica boleh terus berbangga dengan kewujudannya sebagai selebriti kelas atas di Indonesia.
Selain media massa, kini wajah Agnes dapat dilihat menjadi penghias rasmi setem Pos Indonesia.
Untuk berkongsi kegembiraan itu, Agnes, 29, memuatnaik imej setem berkenaan menerusi akaun Instagram Agnez Mo baru-baru ini.
“Satu penghormatan memiliki prangko (setem) sendiri. Prangko rasmi dengan wajahku!,” katanya.
Dalam imej dimuat naik itu, penyanyi yang kerap disapa Agnez Mo itu memandang kamera dengan mulutnya sedikit terbuka dan rambutnya yang berwarna perang terurai menutup hampir sebelah mukanya.
Pada bahagian atas setem itu, ada garisan palang yang berwarna merah putih melambangkan bendera Indonesia manakala di tengah sebelah bawah tertera nama Agnez Monica.
Selain itu, pada sudut kanan bawah dinyatakan harga setem iaitu Rp3000.
Pelbagai reaksi
Turut disertakan pada imej adalah hashtag #Indonesia dan #Agnezmo
Seorang lagi artis yang wajahnya turut pernah dijadikan penghias setem beberapa tahun lalu adalah penyanyi Nike Ardilla.
Hakikatnya, Nike lebih bertuah kerana setem berkenaan bukan saja diedarkan di Indonesia malahan hingga ke Rusia.
Bagaimanapun, status penyanyi Coke Bottle itu menimbulkan pelbagai reaksi di Instagram yang mempunyai pengikut mencecah sekurang-kurangnya 4.7 juta.
A photo posted by AGNEZ MO (@agnezmo) on
Status Agnes itu mendapat 50,710 like dan 478 komen setakat hari ini.
Kebanyakan pengikut memuji Agnes dengan mengucapkan tahniah dan tidak kurang juga yang bertanyakan bila tarikh setem berkenaan akan dikeluarkan.
Segelintir lagi menyatakan mereka tidak akan menggunakan setem berkenaan sebaliknya bakal disimpan.

