Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Penyanyi dangdut bukan cuma tahu bergambar'
Diterbitkan:  Oct 18, 2015 3:27 PM
Dikemaskini: 7:37 AM

Hasil susah payah dan penat jerih yang tidak jemu-jemu, Inul Daratista berjaya mencapai cita-citanya.

Dibayangi pelbagai kerenah bersendirian hingga pernah dikecam, dikutuk dan dihina usaha ketabahan Inul membolehkan perniagaannya semakin stabil.

Bukan mudah untuk memastikan perniagaan seperti diusahakan Inul mampu berdiri kukuh selama 10 tahun.

Mengenang saat itu, penyanyi yang memiliki nama sebenar Ainur Rokhimah terpaksa nekad menghadapi saat pahit berjuang untuk membangunkan pusat karaokenya.

“Dari hanya mempunyai satu karaoke, semuanya diurus sendiri untuk mendapat apa dikehendaki.

“Untuk memastikan pusat karaoke ini bertahan saya terpaksa meminjam wang dari bank, tetapi pada suatu ketika saya tidak dipercayai dan permohonan saya ditolak mentah-mentah,” katanya.

Namun, selepas terpaksa membangunkan perniagaan itu dengan wang poket sendiri, pusat hiburan itu berkembang pesat dan akhirnya Inul mendapat kepercayaan bank.

Kini kian kencang 'berlari'

Walaupun banyak pihak memandang penyanyi dangdut dengan curiga dan layak menjadi duta produk semata-mata, Inul membuktikan sebaliknya.

Penyanyi yang terkenal dengan aksi goyang gerudi itu berjaya mengurus pusat karaoke sejak 2005.

“Pernah ada yang menyatakan penyanyi dangdut cuma pandai bergambar atau menjadi duta produk dan tidak akan berjaya,” katanya.

Inul tidak mempedulikan pandangan negatif orang di sekelilingnya, kerana dia tahu usaha itu nanti akan membawa kesenangan di hari tua.

“Saya fikir semua ini supaya bila berumur nanti tidak susah terutama apabila sudah tidak laku lagi.

“Saya tidak gemar untuk jadi seperti peminta sedekah,” katanya.

Genapnya 10 tahun usia perniagaan itu memang boleh dibanggakan Inul kerana dia adalah artis pertama di Indonesia yang membangunkan perniagaan seperti itu.

Kini, sudah ramah artis yang mengikut jejak langkahnya.

“Bagi saya, semakin banyak saingan, ia akan membuat saya lebih kencang berlari,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS