'Pistol' Amir cuma untuk tembak cicak
Penyanyi popular era 1990-an Amir Ukays memberitahu beliau sudah dibebaskan daripada tahanan polis kerana disyaki memiliki sepucuk 'pistol'.
Sebaliknya Amir, atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad Yusof menjelaskan objek yang dikaitkan dengannya itu adalah cuma sepucuk pistol mainan yang memang ada dalam simpanannya.
"Saya bukan penjenayah, pistol itu hanyalah mainan untuk tembak cicak di rumah.
“Alhamdulillah, saya didapati tidak bersalah dan dibebaskan pada petang tadi (semalam)," katanya dipetik sebagai berkata.
Penyanyi yang popular dengan lagu “Di Sana Menanti Di sini Menunggu” itu ditahan polis awal pagi semalam kerana memiliki sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520.
Dia kemudian dibawa ke balai polis untuk disiasat.
Kata Amir, dia memang sering meninggalkan pistol mainan itu di rumah untuk kegunaan menembak cicak.
"Tetapi pada tengah hari semalam (Selasa), anak saya membawanya turun dan tertinggal dalam kereta," katanya yang mendakwa pistol itu dihadiahkan oleh seorang peminat.
Amir berkata, dia nasib tidak menyebelahinya apabila ditahan polis sebaik pulang menjalani latihan pertandingan nyanyian Gegar Vaganza 2 .
"Saya tidak tahu menjadi kesalahan bagi sesiapa memiliki pistol mainan. Saya juga tidak tahu perlu memiliki lesen untuk memiliki pistol mainan,” kata Amir.

