Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Hello Adele memang 'berhantu'
Diterbitkan:  Oct 27, 2015 3:28 PM
Dikemaskini: 8:11 AM

Kemunculan semula Adele nampaknya memang ditunggu-tunggu peminat.

Lagu terbarunya Hello sudah disaksikan lebih 73 juta kali hanya selepas tiga hari dilancarkan dan dipercayai bakal mencatat nama sebagai single paling cepat laris tahun ini.

Sebelum ini Adele sudah mencatat rekod sebagai lagu paling banyak ditonton di Vevo dalam tempoh 24 jam dengan mencatatkan 27.71 lawatan, namun kemuculan terkini penyanyi kelahiran United Kingdom (UK) itu minggu ini meletakkan namanya sekali lagi di bibir peminat.

Setakat semalam, lagu balad klasik itu mencatatkan 165,000 jualan dan muat turun sejak Jumaat, termasuk 165,000 di UK saja.

Angka itu bermakna, Hello dimuat turun 52,000 kali sehari sejak ia dipasarkan dan jumlahnya akan meningkat lebih tinggi sehingga akhir minggu ini.

Video muzik itu - diarah sutradara Kanada Xavier Dolan - sudah disaksikan lebih 73 juta kali dan diyakini bakal mencecah 100 juta dalam minggu ini saja.

Lagu Love Me Like You Do nyanyian Ellie Goulding kini memegang rekod single paling 'hangat' di pasaran pada minggu pertama pelancaran pada tahun ini dengan 173,000 jumlah jualan dan muan turun.

Lihat Komen
ADS