Bunga Citra Lestari mengakui dia boleh menjadi 'gila' gara-gara perlu menghayati setiap satu daripada tiga peranan yang diberikan kepadanya dalam tiga filem berbeza.

Masalahnya, ketiga-tiga filem itu membawa tema berbeza.

Daripada komedi, nasionalisme dan Islamik - semuanya dilakoni Bunga Cinta.

"Memang boleh jadi gila saya.

"Filem pertama saya membawa watak untuk tema komedi, kedua bersifat patriotik melalui sukan dan yang ketiga, saya perlu berhijab," katanya.

Namun Bunga Citra yakin ia tidak akan membahayakannya sama sekali.

"Ia sementara saja," katanya semalam.

Filem dimaksudkan Bunga Cinta itu ialah 3 Srikandi (patriotisme), Jilbab Traveler (Islamik) dan My Stupid Boss (komedinya).

Dimarahi pengarah

Daripada tiga filem itu, My Stupid Boss dianggap paling mencabar kerana filem komedi sesuatu yang baru untuknya.

"Saya pelakon drama. Disuruh menangis, saya boleh menangis. Tapi disuruh melakukan komedi - itu berat," katanya.

Antara tugas yang paling susah, kata Bunga Cinta, ialah menahan diri daripada ketawa ketika penggambaran.

"Disebabkan itu, saya dimarahi pengarah," katanya.

Sementara itu berlainan pula cerita untuk suami Bunga Citra, Ashraf Sinclair.

Mengakui sama-sama gemar menukar penampilan, Ashraf kini berambut panjang berbanding isterinya.

Keadaan itu menyebabkan masa diambil untuk si suami merapikan diri lebih lama daripada si isteri.

"Saya suka Bunga Citra berambut pendek sebab kalau bersiap, akan jadi lebih cepat tapi kalau mendandan, saya lebih lama daripada dia," kata pelakon berasal dari Malaysia itu.