Teruja menimang cahaya mata sulung, pelakon Fouziah Gous memilih untuk berkongsi kegembiraan itu dengan peminatnya melalui alam maya.

Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous, 33, dikurniakan bayi lelaki pada jam 11.37 pagi, 26 November lalu di Hospital Pakar DEMC di Shah Alam.

“Alhamdulillah baru selesai bertahnik untuk @zhafoujr.

“Ingin saya kenalkan baby lelaki saya, Muhammad Zeeshan bin Md Zhafran,” tulisnya menerusi akaun Instagram fouziahgous.

Pelakon Anak Mami itu berkahwin dengan Md Zhafran Mohd Yusof, 33, pada 2013 dan majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam Selangor.

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah baru selesai "ber Tahnik" untuk @zhafoujr ... Ingin saya kenalkan baby lelaki saya " Muhammad Zeeshan Bin Md Zhafran ... Di lahirkan pada 26th November 2015 Jam 1137 pagi ... Di @demcspecialisthospital Zeeshan yang bermaksud "Kekuatan / yang Terhebat / ) nama pilihan kami. Terima kasih atas doa yang di panjatkan selama saya berada di Hospital sehingga hari ini..teruskan berdoa yang terbaik buat kami sekeluarga.Kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan buat anda semua semoga di bawah rahmat Allah swt.. #syukurlah #zhafoujr @zhafyusof @zhafoujr @zhafoujr #zhafou #feelingblessed

A photo posted by @fouziahgous on

Anak bongsu daripada lima beradik itu pernah menjadi model sebelum menukar karier menjadi pelakon.

Antara drama dan filem pernah dilakoni Fouziah adalah Cinta Medik, Sutera Maya, Ratu The Movie dan Rasuk.

Menurut Fouziah, nama yang menjadi pilihan mereka itu membawa maksud kekuatan atau yang terhebat.

Atas kegembiraan itu, Fouziah tidak lupa terhadap doa yang diutus peminat dan berterima kasih atas segala ucapan dan kata-kata baik untuk kesejahteraan dia dan anaknya.

“Terima kasih atas doa yang dipanjatkan selama saya berada di hospital hingga hari ini.

“Teruskan berdoa yang terbaik buat kami sekeluarga kerana kami juga mendoakan kesejahteraan buat anda semua di bawah rahmat Allah SWT,” katanya.