Ingin menghayati filem romantik komedi Bollywood Dilwale yang dijangka menemui penonton pada 18 Disember ini?

Dengarkan lagu Gerua versi bahasa Melayu - diberi judul Warna Cinta - dendangan pasangan duet Kilafairy dan Aliff Aziz.

Difahamkan, Warna Cinta mula diedarkan ke stesen radio di seluruh negara semalam.

Lagu asal Gerua digubah Pritam Chakraborty manakala penulisan lirik dalam versi bahasa Melayu ditulis oleh Ad Samad, pencipta Lebih Indah nyanyian Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Untuk makluman, Dilwale bukanlah versi baru kepada filem Dilwale Dulhania Le Jayenge, malah ia langsung tiada kaitan.

Cuma, secara tidak langsung namanya agak hampir serupa dan dibarisi bintang sama iaitu Datuk Shahrukh Khan dan Kajol.

Menurut sumber, pihak rakaman dari India mula merisik khabar mengenai penyanyi negara ini yang sesuai untuk diberi peranan membawakan lagu itu.

Melalui komunikasi secara e-mel, Sony India bertanyakan beberapa nama yang sesuai dicadangkan untuk menyanyikan single Gerua.

“Daripada beberapa nama yang dicadangkan, mereka akhirnya membuat keputusan memilih Kilafairy dan Alff Aziz,” katanya kepada Malaysiakini.

Nyanyian asal Gerua didendangkan di balilk tabir oleh Arijit Singh dan Antara Mitra dengan durasi sekurang-kurangnya lima minit.

Selain Shahrukh Khan dan Kajol, filem turut dibarisi pelakon seperti Varun Dhawan, Kriti Sanon, Vinnod Khanna, Boman Irani, Kabir Bedi, Sanjay Mishra dan Varun Sharma.

Filem arahan Rohit Shetty itu secara tidak langsung menggabungkan kemunculan semula Shah Rukh Khan - Kajol di layar perak selepas lebih 20 tahun.

Penggambaran Dilwale yang bermula Mac lalu asalnya mengambil tempat di Mumbai dan Goa tetapi disebabkan keadaan tertentu, ia terpaksa dilakukan di Bulgaria.

Menurut sumber lagi, lagu sudah siap dirakam tetapi penggambaran video masih belum bermula, dan ia dijangka dilakukan minggu depan.

Repost from @joeprcinternational Love is in the air again as the eternal romantic couple Shah Rukh Khan and Kajol make a comeback with Dilwale, the most awaited film of 2015. With music by Pritam, heart felt lyrics by Ad Samad and sung in the soulful voices of Aliff Aziz @aliffaziz91 & Kilafairy @kilafairyofficial ( In Bahasa ) don’t be surprised if you feel a love overdose after watching the first song - WARNA CINTA .Experience love in all it’s glory, Rohit Shetty Style. After all, some love stories never end... @sonymusicmy #Marketing #Publicist @joeprcinternational @royidris @veeanorman

A video posted by One word, Kilafairy. (@kilafairyofficial) on