Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Blake Shelton, Gwen Stefani rai Krismas bersama
Diterbitkan:  Dec 8, 2015 10:57 AM
Dikemaskini: 3:00 AM

Blake Shelton mempunyai rancangan khusus menyambut Krismas bersama Gwen Stefani dan tiga anak lelakinya hujung bulan ini.

Menurut laporan media penyanyi lagu country itu bercadang membawa Gwen dan anak pacarnya itu menghabiskan masa di rumah percutiannya di Oklahoma.

Jika ia menjadi kenyataan, nampaknya Shelton, 39, dan Gwen, 46, akan menjadi pasangan koboi sempena Krismas nanti.

Menurut sumber dalaman, juri rancangan realiti televisyen The Voice itu mahu berehat sepenuhnya daripada kepadatan jadual di depan kamera.

"Shelton memang gemar bersantai di rumahnya yang terletak di Tishomingo, Oklahoma.

"Kali ini dia mahu suasana itu dikongsi bersama Gwen dan anak-anaknya," kata sumber tersebut.

Sumber itu juga menyatakan, Shelton ( gambar ) berharap dua anak lelaki Gwen - Kingston Rossdale dan Zuma Nesta Rock Rossdale - mendapat pengalaman baru di kawasan yang jauh dari kebingitan kota raya itu.

"Setidak-tidaknya mereka boleh belajar menjadi koboi," katanya.

Gwen berpisah dengan pasanganya, Gavin Rossdale, pada Ogos lalu atas alasan mereka sudah tidak sehaluan lagi.

Perceraian itu dimuktamadkan dua bulan kemudian.

Selain dua anak lelaki, Gwen dan Rossdale juga mempunyai seorang lagi anak perempuan, Apollo Bowie Flynn Rossdale, yang kini berusia dua tahun.

Shelton pula berpisah daripada isterinya, Miranda Lambert selepas empat tahun mereka bersama.

Laporan menyatakan perceraian pasangan itu dimuktamadkan pada hari sama ia difailkan.

Pada 4 November lalu Gwen dan Shelton secara terbuka mengumumkan mereka sedang bercinta.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS