Juara Masterchef Asia: Low atau Woo?
Malam ini dua dua chef dari dua negara akan 'berperang' untuk mendapatkan pengiktirafan sebagau juara pertama Masterchef Asia.
Daripada tiga calon finalis, juri memilih dua yang terbaik - Marcus Low dari Malaysia dan Woo Wai Leong (Singapura) - untuk berentap di pusingan akhir pertandingan berkenaan.
Low, 24, adalah salah seorang daripada tiga warga Malaysia yang berjaya menempatkan diri dalam 15 calon Masterchef Asia.
Bercakap kepada Malaysiakini , Low mengakui dia berasa teruja sekali gus bangga kerana menjadi wakil Malaysia dalam pertandingan terakhir.
"Saya sangat gembira dan teruja kerana berpeluang memasak di pertandingan akhir. Ia juga lebih mengukuhkan hakikat bahawa Malaysia mempunyai pelbagai hidangan yang enak dan istimewa.
"Bukan selalu seseorang berpeluang mewakili Malaysia di peringkat dunia. Justeru peluang ini adalah penghormatan untuk saya," katanya.
Life is short, eat desserts first! Tell us why you're rooting for Marcus in the #MasterChefAsia finale.
Posted by MasterChef Asia on Sunday, 6 December 2015
Ditanya mengenai peluannya untuk muncul juara malam ini, Low berkata, dia sentiasa berasa yakin namun tidak dapat membayangkan jika terpilih memenangi gelaran itu.
"Saya tentu akan amat terkejut. Kemudian mungkin emosi akan menguasai. Saya tak boleh nak membayangkan keadaan sebenar memenangi pertandingan ini.
"Saya yakin dapat melangkah jauh tetapi bukan sehingga saya melihat diri sendiri sebagai pemenang," katanya.
Seorang lagi calon finalis ialah Jasbir Kaur, 54, juga dari Malaysia. Bagaimanapun dia tersingkir apabila gagal dalam cabaran minggu lalu.
Dalam temubual dengan Malaysiakini minggu lalu, Jasbir mengaku Low adalah pencabar utamanya dalam pertandingan ini.
Leong is a 'ChefTender'. Will it work to his advantage? Don't miss the #MasterChefAsia finale on Thu 9pm (SIN/HK) on Lifetime Asia
Posted by MasterChef Asia on Monday, 7 December 2015
Pencabar Low malam ini ialah Woo, seorang peguam berusia 27 tahun
Mungkinkah Low - seorang pekerja bank - akan dinobatkan sebagai juara Masterchef Asia pertama atau Woo? Saksikan pertandingan ini di saluran Lifetime Asia mulai jam 9 malam ini.

