Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Nikita, Puty tetapkan harga tapi jadi 'mangsa'?
Diterbitkan:  Dec 17, 2015 11:18 AM
Dikemaskini: 3:26 AM

Peguam kepada dua suspek bapa ayam F dan O berkata pihaknya hairan apabila ada pihak menganggap Nikita Mirzani dan Puty Revita sebagai mangsa pemerdagangan manusia.

Kata Osner Johnson Sianipar, kedua-dua selebriti itu yang menetapkan harga bagi perkhidmatan seks yang ditawarkan.

"Mereka boleh dianggap mangsa kalau dipaksa. Tetapi dalam hal ini mereka rela, mereka mahukan hubungan itu," katanya.

Nikita dan Puty ditangkap polis Jakarta pada malam Khamis lalu sejurus sebelum memberikan perkhidmatan seks berbayar kepada pelanggan masing-masing.

Menurut polis, mereka merampas pelbagai bahan bukti termasuk pakaian dalam, kondom, akaun bank dan telefon genggam.

Semalam Nikita filem Perempuan-perempuan Liar - yang juga ibu tunggal beranak seorang - tampil mempertahankan diri. Sambil menangis dia menegaskan sama sekali dirinya bukan pelacur - walaupun pada masa sama mengakui rela berbogel dan dirakam gambarnya jika ia berbayar.

Dua lelaki - setakat ini hanya didedahkan sebagai F dan O - masih ditahan dan disoal siasat polis.

Osner berkata ituah "kelemahan undang-undang Indonesia" kerana dua pihak yang berlainan mendapat layanan berbeza.

"Sepatutnya kedua-dua pihak dilayan mengikut undang-undang sama. Kalau Puty dan Nikita dianggap mangsa, saya sukar untuk terima," katanya,

Nikita juga dilaporkan mendakwa tidak pernah mengenai F dan O atau pernah berkomunikasi dengan mereka sebelum ini.

"Saya juga tak pernah menerima apa-apa bayaran," katanya.

Lihat Komen
ADS