Harapan pelakon dan penyanyi Elyana untuk menimang cahaya mata kedua putus di tengah jalan apabila dia mengalami keguguran.

Berita sedih itu dimaklumkan Elyana, 28, melalui kemas kini di akaun Instagramnya semalam.

Melalui status berkenaan, penyanyi lagu Kalis Rindu itu menjelaskan kandungannya sudah memasuki minggu ketujuh.

“Selamat jalan anak syurga. Tunggu bonda di sana,” tulisnya.

Elyana dan suami Khairul Anuar Hussin mendirikan rumah tangga pada 19 November 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Chinta Sumayyah pada 2011.

Turut dimuat naik bersama status itu hashtag #7weeks dan #miscarriage.