Sudah melalui pengalaman rumahtangga yang gagal dan kini terpalit tuduhan melacur, apakah masa depan Nikita Mirzani?

Ibu kepada dua anak itu mengaku kini dia ragu jika masih ada lelaki mahu mengampiti dan memperisterikannya.

"Entahlah, kalau sudah ada tuduhan begini, masihkah ada laki-laki yang mau?" kataya dipetik tabloidbintang.com.

Nikita - bersama peserta ratu cantik Miss Indonesia Puty Revita - ditangkap di sebuah hotel mewah di Jakarta pada Disember tahun lalu.

Ketika ditangkap mereka dilaporkan sedang bersedia melayan 'pelanggan' masing-masing yang sebenarnya anggota polis menyamar.

Nikita dan Puty kemudian menafikan mereka melacur.

Kata Nikita, walaupun didakwa terlibat dalam sindiket pelacuran - yang setakat ini belum dibuktikan di mahkamah - dia tetap berharap ada lelaki budiman sudi menjadikannya isteri.

"Semoga apabila kekalutan ini selesai ada lelaki baik muncul menambat hati saya," katanya.

Harapan Nikita itu bersandarkan kepada hakikat ada beberapa artis lain yang "lebih parah" kes mereka tetap mendapat suami akhirnya.

"Mungkin saya perlukan masa lebih lama. Biar masa menentukan," katanya.