Selepas Star Wars: The Force Awakens mencatat kejayaan amat besar di seluruh dunia, pemegang francais filem itu mengambil keputusan menunda tarikh tayangan sambungannya - dari Mei 2017 kepada 14 Disember 2017.

Bagaimanapun setakat ini Lucasfilms dan Disney tidak memberikan penjelasan mengapa tarikh tayangan episod kelapan Star Wars berkenaan dilewatkan tayangannya.

Bagaimanapun kemunculan filem antologi Star Wars, Rogue One pada Disember tahun ini kemungkinan besar mempengaruhi keputusan berkenaan.

Untuk mengisi slot filem Disney pada 26 Mei 2017, syarikat itu mengumumkan satu lagi filem francasi Pirates of the Caribbean akan ditayangkan.

Filem itu berjudul Dead Men Tell No Tales.

Ia sepatutnya disiarkan pada 7 Julai 2016.

Di sebalik kelewatan tujuh bulan, filem episod kelapan Star Wars itu sebenarnya tetap mengikut jadual dengan penggambaran utama dimulakan bulan depan di London.

"Nantikan pengumuman terkini yang menarik pada minggu mendatang," kata kenyataan dikeluarkan Lucasfilms dan Disney.