Muzik rock klasik di hujung nyawa?
Selepas Glenn Frey meninggal dunia Linda Ronstadt dan J D Souther bertemu.
"Segalanya berubah dan berbeza sekarang, kan?" kata Linda. Souther membalas ringkas: "Memang."
Kedua-dua mereka dipertemukan oleh satu titik - Eagles - dan mengenai Frey sejak lebih 40 tahun lalu.
Peringkat awal Eagles, kumpulan itu ditubuhkan untuk menjadi pemuzik pengiring kepada Linda, manakala Souther pula bertanggungjawab mencipta kebanyakan lagu popular band berkenaan (termasuk lagu New Kid In Town ).
Sebenarnya perbezaan rasa itu bukan dialami Souther dan Linda saja, sebaliknya sesiapa juga yang membesar dengan irama rock klasik. Sejak beberapa tahun lalu seorang demi seorang penggemar muzik itu kehilangan artis dalam genre berkenaan.
Salah seorang daripadanya ialah
Scott Weiland (
gambar
) yang terbunuh pada 3 Disember lalu akibat mengambil dadah berlebihan.
Kejadian seperti itu memang menyediakan bahan yang banyak dan mudah untuk sesiapa menulis rencana mengenai kematian tragik pemuzik sama ada kerana membunuh diri, lemas, mengambil dadah berlebihan dan sebagainya.
Namun bagi sesetengah pihak kehilangan Frey mengingatkan kita bahawa pemuzik juga boleh kembali ke alam abadi dengan cara sakit biasa atau faktor usia.
Frey sendiri meninggal dunia kerana dibelenggu tiga penyakit sekali gus - artritis reumatoid, kolitis ulseratif (sejenis penyakit radang usus) akut dan pneumonia.
Ada daya tahan luar biasa
Selama tiga tahun terakhir antara nama yang kini menjadi kenangan adalah David Bowie, Ray Manzarek (kumpulan The Doors), Joe Cocker, Jack Bruce, Tommy Erdelyi (Ramone), Lemmy Kilmister, Natalie Cole, Ian McLagan (pemain keyboard Faces) dan Cory Wells (Three Dog Night').
Punca kematian mereak juga pelbagai, daripada barah, sakit jantung hingga kepada angin ahmar.
Memang gaya hidup banyak mempengaruhi penyakit mereka namun faktor kepenatan akibat siri jelajah masing-masing tidak boleh diabaikan begitu saja.
Di sebalik kenyataan itu, satu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah, mereka sebenarnya menunjukkan daya juang - dan tahan - luar biasa kerana tidak mudah untuk kekal relevan selepas tigak dekad beraksi.
Dari
zaman MTV hingga kini, tidak mudah untuk pemuzik era 1980-an bertahan dan kekal diminati di seluruh dunia.
Tidak dilupakan, ada beberapa nama lagi yang masih hidup, termasuk Bob Dylan (kini berusia 74 tahun), Neil Young (70), Bonnie Raitt (66) dan Keith Richards (72, kini mempunyai album solo terbaru).
Nama-nama itu masih diingati dan dihormati di sebalik usia lanjut mereka.
Bowie sendiri menghasilkan album baru yang dilancarkan dua hari sebelum kematiannya. Nampaknya pemuzik veteran membawa era rock & roll dan rock klasik ke tahap yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini.
Ketika mereka memasuki usia 70-an (atau sudah lebih daripada itu) kita perlu menerima hakikat bahawa hayat mereka juga mungkin tidak lagi lama.
Satu demi satu 'hilang'
Seseorang boleh saja mengucapkan bahawa 'bisa' setiap mereka tidak lagi seperti apa yang pernah dipamerkan puluhan tahun silam. Memang begitulah.
Irama - dan pemuzik - rock klasik berkembang bersama irama semasa yang lain, seperti rock & roll era 1950-an, country dan R&B.
Pada masa sama, sekian ramai penyanyi baru bukanlah lahir daripada acuan rock klasik. Bermakna hayat irama itu sebenarnya semakin menghampiri penghujung.
Khabar baiknya ialah, tanpa pemuzik rock klasik, irama itu akan tetap ada dan boleh dinikmati. Sambutan terhadap album dan lagu berirama itu yang kadang-kadang mengatasi populariti artis kontemporari membuktikan ia tetap 'hidup'.
Siri konsert jelajah Dead & Company yang menampilkan John Mayer sebagai pemain gitar menggantikan for Jerry Garcia ( gambar ) membayangkan muzik rock klasik boleh dimainkan oleh watak-watak baru dan muda.
Ia boleh dianggap kelegaan kepada peminatnya, dan pada masa sama membawa isyarat ia tetap mendapat perhatian di kalangan generasi muda. Suasana itu dianggap sebagai pengubat ketika satu demi satu pemuzik rock klasik meninggal dunia.

