Pelakon dan pelawak Jihan Muse, 33, selamat bergelar isteri kepada Ungku Hariz, 31, hari ini.
Majlis pernikahan berlangsung di Laman Kayangan Shah Alam.
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa selebriti itu sendiri, Musa Abdul Aziz, bersaksikan Pendaftar Kanan Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Petaling Muhamad Sujak Muhamad Dasuki.
Turut menjadi saksi, bapa pengantin lelaki, Ungku Mohamed Fadli, adik-beradik dan keluarga terdekat.
Nama Jihan mulai menyinar dalam industri selepas merangkul gelaran naib juara dalam rancangan realiti Raja Lawak musim ketiga.
Jihan juga dikenali sebagai pengacara menghiburkan ketika bergandingan dengan Nabil dalam Gegar Vaganza baru-baru ini.
Difahamkan Jihan dan suaminya menjalin hubungan istimewa selama sembilan tahun sebelum akhirnya bernikah petang tadi.