Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Search nak gegar Litar Antarabangsa Sepang
Diterbitkan:  Apr 12, 2016 1:58 PM
Dikemaskini: 6:03 AM

Menginginkan kemeriahan berganda, kumpulan Search mahu konsert sambutan ulang tahun ke-35 mereka mencatat sejarah tersendiri.

Justeru untuk meraikan momen yang istimewa itu, Search memilih untuk menyambutnya di ambang hari kemerdekaan ke-59 negara.

Konsert berkenaan yang sebelum ini ditunda, akan diadakan pada 30 Ogos dan - untuk menjadikan ia kemeriahan berganda - tempat yang dipilih pula dirasakan sebagai lokasi terbaik, iaitu di Litar Antarabangsa Sepang.

“Litar Antarabangsa Sepang mempunyai kemudahan yang lengkap dan bagus.

“Search dan pihak Afjets (penganjur) mengambil berat aspek keselesesaan dan kemudahan peminat yang akan meraikan dua perayaan sekaligus,” kata vokalis Amy menerusi aplikasi pesanan ringkas WhatsApp.

Konsert dengan tajaan kira-kria RM2 juta itu sepatutnya diadakan pada 9 April lalu namun selepas perbincangan antara penganjur dan Search ia dipersetujui untuk ditunda atas faktor keselamatan.

Lokasi asal yang dipilih adalah di Stadium Merdeka.

Namun ketika ini, berhampiran lokasi itu sedang berlangsung projek Warisan Merdeka yang dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad dan dijangka siap sepenuhnya pada 2024.

Sementara itu rancangan asal untuk memperuntukkan slot khas kepada pemain dram Search, Yazid Ahmad, akan diteruskan.

Yazid yang mengalami masalah kesihatan dan terhalang beraksi selama ini, diberi ruang khas menghiburkan peminat di konsert berkenaan.

Search juga, kata Amy, menjadi artis tempatan pertama mendapat peluang mengadakan persembahan di litar berkenaan.

Smthing big akn berlaku di sini. Ini lah artis lokal yg pertama bikin konsert di sini. Dgn fasalitis yg terbaik di sediakn. Arini dgn official Konsert Search35 akn di ada di SIC, Sepang pda 30hb Ogos ini. Afjets meraikan Search35 di mlm Merdeka. #demicintakupadamuMY #search35 #since1981 #afjetscelebratessearch35 #bermulasebuahcerita @nasirrockfather @nordintaib @kittos247 @opiesofia @qasander @amrulanuar #demicintakupadamuMY #search35 #since1981 #sepanginternationalcircuit #sic #30ogos2016 #merdeka59 #merdekaeve

A photo posted by Suhaimi A.Rahman > Amy SearcH (@akuamysearch) on

Lihat Komen
ADS