Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
RM16,000 untuk secebis rambut Bowie?
Diterbitkan:  Jun 21, 2016 5:46 PM
Dikemaskini: 9:50 AM

Gumpalan rambut milik David Bowie dijangka mendapat bidaan sehingga lebih AS$4,000 (RM16,100) hujung minggu.

Firma Heritage Auctions berkata sisa rambut penyanyi terkenal itu adalah antara barangan yang dilelong di Beverly Hills, California pada Sabtu ini.

Jurucakapnya berkata gumpalan rambut Bowie itu diperoleh daripada seorang bekas pekerja Muzium Madame Tussauds London.

“Dia memotong sedikit rambut Bowie pada 1980-an untuk dijadikan contoh menghasilkan rambut palsu yang akan digunakan oleh untuk patung lilin penyanyi itu," katanya seperti dilapor Billboard hari ini.

Menurut jurucakap berkenaan pekerja terbabit kemudian menyimpan rambut Bowie sebagai kenang-kenangannya.

Penyanyi yang sebati dengan genre seperti soul, rock, hard rock, punk dan electronica itu meninggal dunia 10 Januari lalu selepas bergelut dengan penyakit kanser yang dihidapi selama 18 bulan sebelumnya.

Dia baru saja melancarkan album ke-25 berjudul Blackstar sempena hari kelahirannya pada 8 Januari.

Lihat Komen
ADS