Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Stesen radio Manisfm kini berwajah baru
Diterbitkan:  Aug 10, 2016 10:16 AM
Dikemaskini: 10:34 AM

Radio Manisfm melaksanakan perubahan sejak 1 Jun lalu selaras dengan hasrat kerajaan negeri supaya stesen itu melakukan transformasi untuk menjadikan ia lebih inklusif melalui program hiburan dan maklumat.

Menggunakan slogan Gaya Pantai Timur, Manisfm menyusun semula tenaga kerja selain mengambil bakat baru untuk membolehkan ia bersaing dengan stesen radio lain.

Dalam kenyataan dikeluarkan Manisfm, fokus utama mereka kini adalah pendengar terdiri daripada golongan berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Menurut stesen itu pengubahsuaian dibuat bagi membolehkan mereka menyediakan sesuatu yang lebih segar dan bermutu untuk pendengar.

Tidak ketinggalan, penampilan penyampai baru dengan menyediakan segmen baru.

Antara penyampai Manisfm kini ialah Bienda, Rafly dan Eha bagi mengendalikan segmen Manis Manis Pagi yang disiarkan setiap Ahad hingga Khamis antara jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Segmen Manis Sokmo (10 pagi hingga 3 petang) pula dikendalikan Nura; diikuti Manis Express (3 petang hingga 7 petang) oleh Hal dan Lisa.

Segmen Semanis Cinta yang bersiaran antara 8 malam hingga 12 tengah malam pula dikelolakan penyampai Memey.

"Hujung minggu pula diisi dengan pelbagai segmen menarik, antaranya Manis Manis Pagi Hujung Minggu bersama Adam, Carta Hits Pantai Timur bersama Aiman Lim, Carta Rock bersama Amiey, dan Carta Manis 17 serta Manis Intro," kata kenyataan itu.

Manisfm juga, kata stesen berkenaan, berperanan sebagai medium menyampaikan informasi dan perancangan program berkaitan Transformasi Terengganu Bahru (TTB) kepada semua lapisan masyarakat.

Pada masa sama, status Manisfm sebagai stesen radio komersial tetap dikekalkan.

"Manisfm juga menaik taraf infrastruktur dan sistem penyiaran di ketiga-tiga stesen pemancar di Bukit Jerung, Kuala Terengganu; Bukit Pelindung di Kuantan, Pahang dan di Tunjong di Kota Bharu, Kelantan bagi memberikan persembahan terbaik buat pendengar.

"Bagi menempatkan kedudukan Manisfm setaraf dengan stesen radio komersial lain, sistem di konti juga di naik taraf dengan penggunaan perisian setanding seperti dimiliki industri radio komersil ketika ini," kata kenyataan berkenaan.

Selain itu, Manisfm turut menaik taraf ruang kerja supaya lebih kondusif dan memberikan keselesaan kepada warga kerjanya.

"Dengan perubahan yang dilaksanakan setakat ini, Manisfm menunjukkan komitmennya dalam bidang penyiaran radio," kata kenyataan itu.

Lihat Komen