Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Penyanyi Misha Omar selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Cancelor Tunku Mukhriz, Cheras jam 10.20 malam tadi selepas dia mengadu sakit perut dan pendarahan.

Sebelum itu Misha menjalani penggambaran klip video lagu barunya, Jiwa Sentuh Jiwa di Morib, Banting di Selangor.

Pengurus dan kakak Misha, Mimi Omar, berkata dalam perjalanan pulang kira-kira jam 8 malam penyanyi itu mengalami sakit perut dan dia dikejarkan ke hospital.

Mimi berkata Misha pernah mengalami sakit perut sebelum ini namun tidak pernah berlaku pendarahan.

“Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan dan anak sulung Misha lahir 20 minit selepas dia dimasukkan ke hospital,” kata Mimiketika dihubungi hari ini.

Menurut Mimi, bayi seberat 2.05 kilogram itu dilahirkan secara normal meskipun tiga minggu awal daripada tarikh jangkaan.

Sehubungan itu, bayi yang belum diberi nama berkenaan diletakkan di bawah pengawasan doktor atas faktor kelahiran pramatang.

“Meskipun bayi lahir tiga minggu lebih awal, kami semua bersyukur ia berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Penyanyi Bunga-bunga Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firros Ezzwan Rosly, 34, pada 2 Mei 2014 di Kota Bharu, Kelantan.

Pasangan itu memiliki dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10 dan Humaira Lateefa, 4.

Misha baru selesai menjalani penggambaran video klip baru Jiwa Sentuh Jiwa menampilkan duet bersama Adibah Noor.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS