Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Amelina malu hasilkan klip video Cinta Harus Seksi
Diterbitkan:  Sep 7, 2016 7:19 PM
Dikemaskini: 11:46 AM

"Rasa kekok dan malu yang teramat sangat," kata Amelina bercerita mengenai pengambaran klip video terbarunya, Cinta Bukan Seksi di Jakarta Indonesia baru-baru ini.

Ratu dangdut yang pernah menyepikan diri sekian lama itu mengakui dia berasa malu setelah 15 tahun tidak beraksi di hadapan kamera.

Bahkan, Amelina berkata dia gementar sebelum melakukan pengambaran apabila digandingkan dengan seorang jejaka dari seberang.

"Tambahan pula saya terpaksa berlakon dengan seorang cowok (jejaka) yang tampan memegang watak seorang raja," kata Amelina dalam satu kenyataan dikeluarkan Warner Music Malaysia hari.

Lagu Cinta Harus Seksi adalah hasil ciptaan Ajai dan lirik oleh Roslen merupakan single kedua dilancarkan Amelina selepas melakukan kemunculan semula dalam industri seni tanah air pada Disember 2014.

Manakala klip video dalam versi karaoke itu merupakan kerjasama Wake The Baby Record dan Warner Music Malaysia bersama pusat karaoke, Neway.

Klip video itu diterajui pengarah Julian Kubik dengan mengambil konsep dan jalan cerita timur tengah.

Menurut kenyataan tersebut, penggambaran klip video berkenaan mengambil masa selama sehari di sebuah rumah mewah di kawasan Jakarta Pusat.

Peminat yang ingin berhibur dan berkaraoke dengan lagu Cinta Harus Seksi boleh mengunjungi pusat- pusat karaoke Neway seluruh negara, kata kenyataan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS