Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Aliff Aziz jadi suami orang dengan sekali lafaz
Diterbitkan:  Sep 9, 2016 5:35 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Dengan sekali lafaz, penyanyi lagu Sayang Sayang Aliff Aziz hari ini selamat bergelar suami kepada pasangannya, Dayang Nabella.

Majlis pernikahan tersebut diadakan di sebuah majlis tertutup di Bukit Jelutong, Shah Alam dan hanya dihadiri keluarga dan teman terdekat kedua-dua belah pihak.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 26 dinikahkan bapa pengantin perempuan, Awang Astillah dengan mas kahwin sebanyak RM333.

Dayang, 22 sebelum ini turut dikenali sebagai Bella Astillah.

Majlis itu bagaimanapun tidak dihadiri petugas media.

Sebelum dinikahkan, pasangan berkenaan terlebih dahulu mengadakan majlis berinai dengan tema Bollywood pada malam tadi di Ampang.

Aliff dan Nabella mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.

Majlis resepsi akan diadakan malam ini bertempat di Setia Alam, Selangor bermula pukul 8.30 malam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS