Pelakon Nad Zainal berkongsi wajah cahaya mata sulungnya di Instagram buat pertama kali sebaik selamat melahirkan bayi lelaki pada 11.38 malam tadi.
Nad yang berkongsi berita gembira itu turut mendedahkan bayi seberat 2.09 kilogram itu diberi nama Fahad Ibrahim Muhammad Faliq.
Nad sebenarnya tidak menyangka kelahiran bayi itu disambut lebih awal dari hari yang sepatutnya.
“Semalam last meal (makanan terakhir) sebelum masuk fasa berpantang..ingatkan beranak pada 15hb.
“Bedal nasi, alih-alih 14hb malam baby (bayi) pilih nak keluar,” tulisnya.
Bersama status seterusnya, Nad memuat naik sebuah video klip, lauk pantang selepas bersalin dengan kapsyen berbunyi: “Eh, sedap je.”
Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, 26, berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin, 28, pada 18 Disember lalu di Shah Alam dalam sebuah majlis tertutup berkonsepkan ala tradisional.
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Nad mengalami darah gemuruh untuk melahirkan anaknya yang pertamanya itu.
