Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Kempen seni sehari satu karya untuk Maria
Diterbitkan:  Nov 24, 2016 12:53 PM
Dikemaskini: 5:02 AM

Isu penangkapan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) turut mendapat perhatian seniman.

Bagi memeriahkan kempen pembebasan Maria, seorang seniman tanah air Sharon Chin memulakan kempen sehari satu karya sehingga pengerusi BERSIH itu dibebaskan.

Beliau tidak membataskan jenis karya yang harus dihasilkan tetapi mencadangkan penggunaan hashtag #bebasMaria #MansuhSOSMA #Art4Maria.

“Sekiranya mahu terima cabaran satu karya setiap hari sehingga Maria bebas, silakan. Lukisan, lagu, puisi, cerpen, konsep, persembahan, foto, apa saja,” tulisnya.

Beliau sendiri memulakannya semalam dengan berkongsi lakaran bertemakan tempat tahanan Maria untuk rancangan karya instalasi interaktif.

Instalasi itu dirancang menggunakan kain tarpaulin hitam seluas 15 x 8 kaki atas lantai dengan pita hitam-kuning dilekatkan.

Di dalamnya, dua lampu suluh dan papan tanda huraikan “keadaan tahanan Maria yang teruk” bersama tulisan “SOSMA = KEZALIMAN” akan dipamer.

Chin juga memberikan arahan untuk audiens melangkah ke kawasan itu dan mengambil gambar.

"Satu orang masuk pada setiap masa. Sila tangkap gambar," menurut lakaran itu.

Aktivis turut melancarkan kempen pembebasan Maria, antaranya melalui penganjuran acara nyalaan lilin, termasuk yang dihadiri bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maria sedang ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau Sosma selepas ditangkap bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan berhubung dakwaan terlibat dalam "aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen".

Ia berlaku selepas BERSIH didakwa menerima dana daripada Open Society Foundations yang ada kaitan dengan George Soros.

Lihat Komen
ADS