Didi & Friends, Aiman Tino terlaris di Malaysia

   

Walaupun kemelut politik negara ini kelihatan begitu panas dan mendominasi perbincangan orang ramai, secara keseluruhan pelayar YouTube nampaknya tertarik kepada lagu kanak-kanak.

Google Malaysia dalam kenyataannya hari ini menyenaraikan 10 klip video yang menjadi trending di negara ini sepanjang 2016.

Mengungguli carta itu ialah Lagu Kanak Kanak | Rama-Rama | Didi & Friends, diikuti klip video siri animasi televisyen BoBoiBoy.

Turut tersenarai ialah video klip program hiburan, lagu Namewee dan parodi filem Korea.

Tidak ketinggalan, klip video tendangan percuma unik pemain Pulau Pinang, Faiz Subri.

Berikut adalah senarai video klip yang menjadi trending di YouTube pada tahun ini:

  1. Lagu Kanak Kanak | Rama-Rama | Didi & Friends
  2. TERBARU! Musim 3 - Episod TERAKHIR: Jumpa Lagi BoBoiBoy (with ENGLISH SUBTITLES)
  3. TRAIN TOO 'BOSAN' Trailer (Parody of 'Train to Busan' Trailer)
  4. Spicy Korean Noodle Challenge | Asyalliee
  5. [Namewee Tokok] 057 Tattoo Artist 紋身 10-01-2016
  6. Maharaja Lawak Mega 2016 - Akhir (Bocey) Muzikal
  7. Faiz Subri insane knuckleball free kick Penang 4-1 Pahang FC
  8. Pokemon GO In REAL LIFE
  9. 当学校开学的时候
  10. Like, DM, Unfollow: Malaysian Beauties

Menurut kenyataan Google Malaysia hiburan kanak-kanak memberi kesan besar pada tahun ini.

"Populariti kandungan YouTube tempatan juga melonjak ke paras tertinggi dengan lapan daripada video yang berada dalam senarai 10 video trending adalah dari bakat-bakat tempatan.

"Mereka melayani para penonton dengan video-video watak menyeronokkan, aksi mendebarkan dan gelagat menghiburkan," katanya.

Bagi kategori trending video muzik, penyanyi Aiman Tino berada di kedudukan tertinggi melalui lagu popularnya, Kurela Dibenci.

Aiman mengatasi artis lain termasuk Gamma1, Jennifer Lopez dan Maroon 5.

Senarai trending untuk video muzik di YouTube Malaysia bagi tahun ini ialah:

  1. Aiman Tino - Ku Rela Dibenci (Official Music Video with Lyric)
  2. Projector Band - Sudah Ku Tahu (Official Lirik Video)
  3. The Chainsmokers - Closer (Lyric) ft. Halsey
  4. Gamma1 - Jomblo Happy | Official Video Clip
  5. DNCE - Toothbrush (Official Video)
  6. JESSICA (제시카) (Feat. Fabolous) - FLY Official Music Video
  7. 방탄소년단 'Save ME' MV
  8. Galantis - No Money (Official Video)
  9. Jennifer Lopez - Ain't Your Mama
  10. Maroon 5 - Don't Wanna Know

Bagi kategori 10 video dan video muzik global paling laris di Malaysia, Google menyatakan, secara keseluruhan semua 10 klip yang tersenarai mencatatkan 550 juta tontonan, dan disaksikan untuk tempoh lebih dari 25 juta jam.

"Saluran-saluran yang mencipta video tersebut memiliki lebih 40 juta pelanggan yang kerap menonton kandungan lucu, berinformasi dan menghiburkan," katanya.

Berikut adalah 10 video global 'terlaris':

  1. Adele Carpool Karaoke
  2. Pen-Pineapple-Apple-Pen/PIKO-TARO
  3. What's inside a Rattlesnake Rattle?
  4. Nike Football Presents: The Switch ft. Cristiano Ronaldo, Harry Kane, Anthony Martial & More
  5. Grace VanderWaal: 12-Year-Old Ukulele Player Gets Golden Buzzer - America's Got Talent 2016
  6. Water Bottle Flip Edition | Dude Perfect
  7. Channing Tatum & Beyonce's "Run The World (Girls)" vs. Jenna Dewan-Tatum's "Pony" | Lip Sync Battle
  8. Donald Trump: Last Week Tonight with John Oliver (HBO)
  9. THE $21,000 FIRST CLASS AIRPLANE SEAT
  10. Brothers Convince Little Sister of Zombie Apocalypse

Fifth Harmony pula muncul sebagai klip video muzik paling popular tahun ini (dengan lebih dari satu bilion tontonan), manakala video muzik Rihanna mencatat jumlah tontonan tertinggi dalam masa 24 jam pertama untuk sebuah video pada tahun 2016.

  1. Fifth Harmony - Work from Home ft. Ty Dolla $ign
  2. Calvin Harris - This Is What You Came For (Official Video) ft. Rihanna
  3. Hasta el Amanecer - Nicky Jam | Video Oficial
  4. The Chainsmokers - Closer (Lyric) ft. Halsey
  5. Rihanna - Work (Explicit) ft. Drake
  6. Mike Posner - I Took A Pill In Ibiza (Seeb Remix) (Explicit)
  7. Sia - Cheap Thrills (Lyric Video) ft. Sean Paul
  8. ZAYN - PILLOWTALK
  9. Coldplay - Hymn For The Weekend (Official video)
  10. twenty one pilots: Heathens (from Suicide Squad: The Album) [OFFICIAL VIDEO]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda