Pelukis komik Lao Fu Zi meninggal dunia
Pelukis Alfonso Wong Kar Hei yang mempopularkan komik Lao Fu Zi atau siri Old Master Q Comic meninggal dunia ketika usianya mencecah 93 tahun.
OMQ ZMedia - syarikat bertanggungjawab menjadi pengeluar Old Master Q Comic di Taiwan - melaporkan artis itu menghembuskan nafas terakhir pada 1 Januari lalu di Amerika Syarikat (AS) akibat kegagalan organ dalaman.
Syarikat berkenaan turut memuat naik kenyataan Wong sebagai mengenang jasanya di Facebook rasmi Old Master Q Comic.
“Wong berkata hidupnya seperti jalur komik, saya akan menjadikan Old Master Q Comic memikat seramai pembaca yang boleh,” katanya.
Wong dilahirkan di Tianjin pada 1925 dan kemudian berhijrah ke Hong Kong pada 1956. Wong juga pernah menjawat jawatan sebagai editor majalah katolik Hong Kong Lok Fung Pao.
Bagi memenuhi masa lapang, Wong menggunakan nama anak sulung Wang Ze sebagai nama pena untuk menghasilkan Old Master Q Comic yang banyak memaparkan kisah dalam kehidupan seharian.
Selain melukis, Wong turut gemar memancing dan membuat tembikar. Beliau juga aktif bersukan seperti berenang, menyelam dan meluncur ais.
Kemahiran Wong bermain dram turut membantunya menjadi pelukis hebat - kedua-duanya menggunakan tangan.
Pada 1974, Wong berhijrah ke AS dan Wang Ze kemudian mengambil alih melukis Old Master Q daripada bapanya yang uzur pada 1995.
Anak Wong yang juga bekas profesor dalam bidang senibina banyak membantu mengembangkan Old Master Q sejak itu.
Old Master Q Comic diterjemah di banyak negara dalam pelbagai versi termasuk English, Korea, Vietnam, Thailand, Kemboja.
Ia disiarkan di China, Eropah, Amerika Utara, India dan negara di Asia Tenggara.
Ini adalah kali kedua pelukis China menetap di AS meninggal dunia.
Sebelum ini Tyrus Wong pelukis Bambi untuk rancangan Disney pergi buat selama-lamanya pada usia 106 tahun.

