Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jamal Manap dikebumikan tengah hari tadi
Diterbitkan:  Jan 14, 2017 2:13 PM
Dikemaskini: 6:22 AM

Bekas anggota kumpulan duo Asiarasa, Allahyarham Jamal Manap atau lebih dikenali sebagai Papa J, 55, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, 11.30 pagi tadi.

Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala di Hospital Ampang, 9.50 malam tadi.

Abang arwah, Mohamad Sani Manap, 57, berkata kira-kira tiga minggu lalu Allahyarham ada memberitahu kakak mereka mengenai penyakit dihidapi.

"Arwah Jamal ada memberitahu kakak kami, Salma Manap, 58, yang dia takkan hidup lama kerana disahkan menghidap penyakit barah saraf oleh doktor.

"Memang terkejut juga apabila mengetahuinya kerana arwah sentiasa nampak sihat dan ceria," katanya seperti dilapor Harian Metro.

Semalam, Jamal, 55 dilaporkan terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Taman Kosas sebelum disahkan meninggal dunia.

Kira-kira 200 orang menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham yang pernah menjadi koreografer dalam program Sehati Berdansa musim ketiga di Astro membimbing Sazzy Falak dan suami.

Kelibat Jamal sebelum ini sering dilihat pada siaran langsung program Gegar Vaganza bagi memberikan sokongan kepada peserta yang terlibat dalam Realiti TV itu.

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Sazzy dan suami, Hail Amir, Ayati Tasrip, Farouk Hussein, Zack Kool serta Siti Fairuz.

 

 

Lihat Komen
ADS