Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Vin Diesel berminat dengan Bollywood pula
Diterbitkan:  Jan 17, 2017 11:37 AM
Dikemaskini: 3:49 AM

Pelakon Hollywood, Vin Diesel berpendapat dunia Bollywood mempunyai keajaiban tersendiri dan bersedia menyertai industri filem di India dengan projek yang dibintangi pelakon Deepika Padukone.

Diesel mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai dunia Bollywood selepas bekerjasama dengan Deepika dalam filem xXx: The Return of Xander Cage.

"Orang-orang yang membuat filem ini cuma mahu membuat keajaiban seperti orang lain.

"Saya bukan jenis orang yang mencari perbezaan dalam sesuatu perkara; Saya suka mencari persamaan dalam perkara-perkara itu," kata Diesel dipetik hollywoodreporter.com sebagai berkata.

Apabila ditanya jika diberi peluang, apakah jenis peranan yang ingin dilakonkan dalam filem Bollywood, Diesel berkata: "Saya akan melakukan apa saja dengan Deepika Padukone di dalamnya!"

Pelakon itu melawat India minggu lepas untuk tayangan perdana filem berkenaan.

Filem xXx: The Return of Xander Cage ditayangkan di India pada 14 Januari, sebelum ditayangkan di tempat- tempat lain di dunia.

Diarahkan oleh DJ Caruso, filem ini turut dibintangi Vin Diesel, Ruby Rose, Samuel L Jackson, Donnie Yen dan Tony Jaa.

Lihat Komen
ADS