Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Penyanyi Lambada meninggal dunia
Diterbitkan:  Jan 20, 2017 2:02 PM
Dikemaskini: 6:13 AM

Penyanyi Brazil Loalwa Braz yang popular dengan lagu hit Lambada sekitar 1980-an ditemui mati dalam sebuah kereta yang terbakar di tempat kelahirannya.

Polis mengesahkan mangsa yang terbunuh adalah Loalwa, bagaimanapun punca kematian masih belum dapat dikenal pasti.

Memetik laporan BBC, penyanyi 63 tahun itu ditemui berhampiran kediamannya di Saquarema, Rio de Janeiro.

Lambada pernah menjadi fenomena di pasaran antarabangsa. Ia diterbitkan oleh kumpulan Perancis Kaoma pada 1989 dengan Loalwa bertindak sebagai penyanyi.

Lambada terus menjadi sumber inspirasi kepada pemuzik hingga hari ini.

Rentak Lambada mengilhamkan penyanyi pop AS Jennifer Lopez untuk menghasilkan lagu hitsnya On the Floor pada 2010.

Kumpulan Britain Spice Girls pula memuatkan nama Lambada dalam singlenya Spice up Your Life pada 1998.

Sementara itu, kumpulan elektronik UK Clean Bandit menyifatkan Lambada sebagai satu daripada inspirasi mereka yang terbesar.

“Ia satu inspirasi bagi kami. Ia ada rentak pelbagai campuran tetapi pada masa berunsur melankolik dan keindahan yang perlu kami cipta semula,” katanya.

Lihat Komen
ADS