Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Henti lempar tuduhan terhadap Ben Nathan
Diterbitkan:  Feb 2, 2017 11:40 AM
Dikemaskini: Jul 10, 2020 1:48 PM

Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk DJ Dave meminta masyarakat supaya berhenti melemparkan segala tuduhan dan membuat spekulasi yang tidak betul mengenai keadaan penyanyi popular era 1980-an, Ben Nathan.

Ini kerana katanya pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap penyanyi itu yang kini hidup sebagai gelandangan di ibu negara.

"Macam-macam saya dengar cerita mengenai Ben. Saya pun tak pasti sama ada itu semua betul atau pun tidak.

"Kita sebagai masyarakat yang diberikan akal sempurna berhenti daripada terus menghakimi seseorang. Memang tak adil untuk menuduh dia dengan pelbagai gelaran," katanya seperti dilapor Harian Metro.

Terdahulu, rakaman video individu dipercayai Ben menjadi tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Dalam rakaman yang dibuat oleh seorang lelaki itu, Ben yang dilihat berada dalam keadaan tidak terurus, bertutur dalam bahasa Inggeris mengatakan dia 'out station' selama tiga minggu di Pulau Pinang.

Ditanya sama ada masih aktif menyanyi, Ben mendakwa akan menjalani proses rakaman lagu di Jakarta, Indonesia, malah berkata mendapat tajaan daripada seseorang di Pulau Pinang.

Dave berkata, dia sudah berusaha memujuk penyanyi itu yang kini hidup sebagai gelandangan agar keluar daripada kehidupannya sekarang.

Bagaimanapun, usaha Dave itu gagal apabila Ben yang popular menerusi lagu Stanza Sepi Sekeping Hati itu menolak dengan pelbagai alasan.

"Saya adalah kawan kepada Ben. Kalau nak tahu saya berjumpa dengannya tiga kali dalam tempoh enam bulan lalu di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

"Setiap kali berjumpa, saya mempelawanya untuk pergi makan dan membeli pakaian baru, tetapi dia menolak dan mengatakan kehidupannya baik-baik saja," katanya.

Menurut Dave, dia pelik kerana setiap kali berjumpa Ben selalu memberi alasan mengatakan dirinya sibuk dan perlu menghadiri mesyuarat serta proses rakaman lagu.

"Ramai yang mengatakan dia kurang siuman dan sebagainya tetapi dia masih kenal saya. Malah, dia memanggil saya dengan nama Islam saya iaitu Irwan Shah Abdullah.

"Sekiranya betul Ben mengalami masalah mental, dia perlu dibantu segera," katanya.

Lihat Komen
ADS