Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Janna Nick tak tahu ugutan bakar butik
Diterbitkan:  Feb 14, 2017 4:36 PM
Dikemaskini: Feb 15, 2017 12:46 PM

Pelakon Janna Nick tidak tahu-menahu isu membabitkan seorang pereka fesyen yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ugutan membakar butik milik lelaki itu semalam.

Janna, 22, berkata dia enggan masuk campur dan meminta perkara itu diselesaikan antara pereka fesyen terbabit dengan individu yang membuat ugutan.

"Saya tak tahu-menahu pun mengenai isu terbaru ini. Malah kalau boleh tak nak ambil tahu. Saya sudah lama 'move on'. Bagi saya mudah, kalau perkara ini sudah dibawa ke pihak berkuasa biarlah mereka yang selesaikan.

Menurut Janna, masalahnya dengan pereka fesyen berkenaan sudah berakhir dan tidak mahu mengungkit perkara lalu.

"Apa yang berlaku sekarang antara pereka itu dengan individu yang mengugutnya. Saya tegaskan perkara ini bukannya datang daripada saya, sebaliknya individu itu yang patut bertanggungjawab," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, pereka fesyen berkenaan, Khairul Amri Hassan yang didakwa berselisih faham dengan Janna Nick membuat laporan polis mendakwa menerima komen berbaur ugutan melalui Twitter, Ahad lalu.

Individu yang menggunakan akaun @syahirasyam99 itu menulis "lepas ni kalau si pereka fesyen tu buka mulut lagi, aku bakar butik dia".

Individu itu juga didakwa sebagai peminat tegar Janna Nick.

Menurut Janna, memang ada segelintir peminat sanggup mempertahankan artis mereka, tetapi dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang.

“Apabila timbul isu ini saya tak boleh halang mereka bersuara. Itu hak masing-masing.

"Bukan bermaksud saya menyokong tindakan mereka, tapi saya memang tak boleh mengawal perkara itu. Tambahan pula ia berlaku di media sosial.

“Pada masa sama saya juga tak pasti sama ada individu itu peminat saya atau tidak," katanya.

Lihat Komen
ADS