Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Baru umum nak kahwin dah dituduh curang
Diterbitkan:  Mar 1, 2017 4:41 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

Pengarah dan pelakon Datuk Hans Isaac mengecam tindakan seorang lelaki yang menuduh bakal isterinya berlaku curang.

Sebagai respon kepada dakwaan individu menggunakan nama Robin Coenraad itu, Hans tampil membuat kenyataan di media sosial untuk membersihkan nama tunangnya, Gabriella Robinson.

“Amat malang bagi sesetengah lelaki yang tidak boleh menghormati hari bahagia saya dan Gabby (Gabriella). Seseorang yang telah putuskan hubungan bertahun-tahun lalu dan merosakkan reputasi orang lain di media sosial.

"Ketika ia adalah hari yang penting untuk saya dan Gabby, perbuatan ini adalah tidak wajar,” tulisnya di Instagram.

Hans mengikat tali pertunangan dengan Gabriella pada 29 Januari lalu selepas melamarnya di sebuah gereja di Singapura.

Semalam Hans, 45, dan bekas pemenang Miss Tourism International 2012 itu mengumumkan bakal menamatkan status bujang mereka kepada umum selepas kira-kira setahun mengenali hati budi masing-masing.

Mengikut perancangan, perkahwinan antara Hans dan bekas ratu cantik itu akan diadakan di Gereja St John, Kuala Lumpur pada 29 Julai depan.

Tetapi, tidak sampai 24 jam pengumuman itu dibuat, lelaki yang dikenali sebagai Robin meluahkan kekecewaannya kerana mendakwa ditipu selama lebih setahun menjalin hubungan dengan Gabriella.

Malah, Robin juga mendakwa 'bersama' Gabriella beberapa hari lalu selain tidak pernah menyentuh wanita lain seumur hidupnya.

Bagaimanapun, status Robin yang ditulis di Facebook itu telah dipadamkan.

Lelaki itu kemudian meninggalkan luahan terbaru bagi menggambarkan perasaannya ketika ini.

“Saya nak tambah yang saya tak marah, benci atau iri hati. Saya hilang kata-kata dan jelas dalam kesakitan yang amat. Itu saja, tapi saya akan teruskan hidup seperti biasa dan semua ini akan berlalu," katanya.

Hans turut menyifatkan tindakan Robin memburuk-burukkan nama wanita yang bakal dikahwininya itu sebagai tindakan kurang bijak selain hanya bertujuan meraih perhatian.

"Lelaki ini mungkin tak ada kerja untuk dibuat hingga perlu menarik perhatian di media sosial.

“Menghancurkan nama baik seseorang yang saya cintai adalah tak wajar. Apa yang boleh dikatakan adalah saya rasa kasihan terhadap lelaki ni. Dia perlukan kehidupan. Kesian," kata Hans.

Lihat Komen
ADS