Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Tommy Page tinggal nama
Diterbitkan:  Mar 5, 2017 3:54 PM
Dikemaskini: 7:56 AM

Dipercayai gagal bergelut dengan kemurungan, bintang era 1990-an Tommy Page dipercayai membunuh diri di New York semalam.

Page, 46, dikenang melalui beberapa lagu termasuk I’ll Be Your Everything. Dia meninggalkan pasangan dikenali sebagai Charlie dan tiga anak mereka.

Seorang wartawan, Michael Musto, mendakwa Page berdepan masalah kemurungan dan ia mungkin menjadi punca penyanyi itu nekad membunuh diri.

Bagaimanapun kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook kemudian dipadamkan oleh Musto.

Page yang lahir di New Jersey pernah menyertai siri konsert jelajah kumpulan New Kids On The Block.

Lagu I'll Be Your Everything pula dicipta bersama dua anggota kumpulan terbabit, Jordan Knight danDanny Wood.

Dia kemudian meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo dan sempat menghasilkan sembilan album studio.

Sebagai watak di belakang tabir, Page bertanggungjawab membentuk kerjaya beberapa penyanyi lain termasuk Michael Buble, Alanis Morissette, Josh Groban, David Foster dan Green Day.

Setakat ini belum banyak butiran mengenai kematian Page dilaporkan, termasuk bagaimana dia membunuh diri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS