Seni & Hiburan Malaysiakini

Gay, gay Power Rangers

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Lepas satu, satu.

Baru sahaja Beauty and the Beast melepasi tapisan, nasib Power Rangers pula sedang terumbang-ambing.

Ini susulan Power Rangers dikatakan menjadi filem adiwira pertama memaparkan watak gay sebagai protagonisnya.

Malaysia Outlook melaporkan sebuah rangkaian panggung wayang utama di negara ini telah menggantung jualan tiket filem itu.

Power Rangers dijadual menemui penonton di Malaysia pada Khamis ini.

Pengurus Pemasaran TGV Pictures ketika ditanya sama ada langkah itu dibuat susulan orientasi seksual salah satu wataknya menjawab:

“Ada spekulasi tetapi kami tidak dapat sahkan,” Grace Tan dipetik sebagai berkata.

Pengarah Power Rangers Dean Israelite dilaporkan berkata salah satu watak utama, Ranger Kuning, akan mempersoalkan seksualitinya dalam filem itu.

The Hollywood Reporter pula melaporkan filem itu telah “memecahkan sempadan” apabila memaparkan watak utama LGBT untuk pembikinan semula rancangan TV kanak-kanak era 90-an.

Terdapat akhbar melaporkan perkembangan itu dengan judul 'Gay, gay Power Rangers', yang meniru lagu popular francais itu go, go Power Rangers.