Selebriti kontroversi Indonesia Syahrini yang sering tampil seksi di khalayak berharap peminat terus mendoakan dia agar kekal memakai hijab.

Berkat doa peminat yang tidak putus-putus, Syahrini yakin ia dapat membuka pintu hatinya untuk terus menutup aurat.

"Assalammualaikum hari ini Inces habis shooting video klip I Love You Allah. Doakan ya semoga berhijab terus.

“Setelah umrah, malaikat mengikuti kita sampai empat puluh hari. Jadi disarankan menutup rambut sampai ujung kaki, semoga selamanya bismillahirahmannirahim,” katanya menerusi sebuah klip video dimuat naik di Instagram.

Inces adalah gelaran digunakan Syahrini bagi singkatan kata nama Princess Syahrini.

Menerusi semakan Malaysiakini hari ini, klip video berkenaan sudah ditonton lebih 600,000 pengguna Instagram.

Syahrini mengenakan hijab bersama seluar legging berwarna hitam itu ketika menjalani penggambaran klip video single tebarunya, I Love You Allah di Itali baru-baru ini.

Penyanyi Sesuatu itu muncul sambil menutup kepala selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah di Mekah.

Namun, Syahrini dikecam hebat segelintir netizen yang menganggap penampilannya ibarat menjatuhkan maruah kaum hawa.

Ekoran tidak boleh menerima fesyen digayakan, akaun Instagram yang didaftarkan atas namanya dibanjiri pelbagai komen negatif.

"Berhijab yang baik itu tidak menampakkan bentuk tubuh, kalau memang berhijab kerana baru pulang umrah dan gayanya malah menampak bentuk tubuh lebih baik tidak perlu berhijab, jangan sampai anak muda meniru gaya yang tidak sepatutnya @princessyahrini,” kata pengguna akaun @Febii_khan.

Manakala pengguna akaun @nazwa.nf pula berkata: “Berhijab kok (tetapi) ketat?

 

Sunday Vibes In Istanbul !!! #PrincesSyahrini #Istanbul_3April2017 #Turkey #TapForDeets?

A post shared by Syahrini (@princessyahrini) on