Paling Popular
Terkini

Titisan air mata salah seorang juri selepas Aishah menyampaikan lagu All By Myself bagaikan bayangan bahawa kejuaran Gegar Vaganza musim keempat (GV4) adalah miliknya.

Dan ia menjadi kenyataan apabila keputusan diumumkan pada penghujung acara yang berlangsung di Johor Bahru sebentar tadi.

Pada malam terakhir GV4 setiap peserta perlu membuat dua persembahan masing-masing secara solo (pada pusingan pertama) dan berduet bersama perserta lain (pusingan kedua).

Aishah membawakan lagu nyanyian asal Celine Dion, All By MySelf, dengan sepenuh hati menyebabkan juri tetap Hetty Koes Endang sebak, malah akhirnya menitiskan air mata menghayati lagu berkenaan.

Pada pusingan kedua Aishah digandingkan dengan Liza Hanim membawa lagu rancak, Supergirls (nyanyian De Fam).

Liza pula berada di tempat kedua dan membawa pulang wang bernilai RM50,000 serta sebidang tanah lot banglo, selain trofi dan barang kemas.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Astro dan penaja utama Datuk Seri Vida dan Datuk Ram (Ramli MS) kerana banyak menimba ilmu dengan mereka dan juga kepada semua peminat,” katanya.

Pada pusingan pertama Liza Hanim membawa lagu solo Meniti Titian Usang nyanyian asal Search.

Bekas vokalis kumpulan Kristal, Lan, berjaya di tempat ketiga selepas menyanyikan lagu Smells Like Teen Spirit nyanyian asal Nirvana, serta digandingkan dengan Hazami untuk lagu Amboi.

Lan membawa pulang wang bernilai RM30,000, sebidang tanah lot banglo, barang kemas bernilai RM50,000 percutian ke Boracay serta trofi.

Hazami pula terpaksa berpuas hati di tempat keempat membawa pulang RM20,000, tempat kelima Firman (RM15,000) dan keenam Tia Jinbara (RM10,000)

Malam ini menyaksikan enam peserta Hazami, Aishah, Tia Jinbara, Lan, Firman Siagian dan Liza Hanim berentap merebut gelaran Juara di Studio Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor.

Acara yang bersiaran secara langsung itu ke udara melalui rancangan Astro Ria.

Firman dan Tia masing-masing terpaksa berpuas hati di tempat kelima dan keenam.

Lihat Komen
ADS