Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Boy Iman direman polis lagi
Diterbitkan:  Jan 24, 2018 4:33 PM
Dikemaskini: 2:24 PM

Sekali lagi Pengarah Urusan DBI Properties Noruliman A Rahman direman bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan dan jualan rumah bernilai RM6.2 juta.

Kebenaran menahan reman selama dua hari itu bermula hari ini dan perintah mengenainya dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Roslan Mohd Nor.

Polis membuat permohonan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurut Harian Metro, ahli perniagaan dan pelakon yang lebih dikenali sebagai Boy Iman itu diiringi anggota polis semasa tiba di mahkamah pada 11 pagi tadi dengan tangan bergari.

Sebelum ini, Boy Iman pernah ditahan reman di Selangor, Johor, Kedah dan Perlis.

Polis sebelum ini memberitahu menerima lebih 210 laporan berkaitan skim perumahan DBI Properties daripada mangsa di seluruh negara.

Syarikat terbabit didapati menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

Lihat Komen
ADS