Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Kalaulah Neelofa terlibat kempen antirokok...
Diterbitkan:  Jan 3, 2019 1:35 PM
Dikemaskini: 5:39 AM

Seorang netizen berjaya mencuit hati Neelofa apabila dia mengemukakan cadangan untuk menggunakan pengacara itu bagi memperkasa kempen larangan merokok.

Melalui perkongsiannya di Twitter, pelakon dan usahawan itu berkata, dia tidak dapat menahan perasaan lucu apabila namanya dipetik sebagai salah satu cara untuk mempromosi kempen bebas asap di kawasan larangan.

“Seseorang mengirim cadangan ini dan saya tidak dapat menahan perasaan untuk ketawa,” ciapnya.

Melalui hantaran di Facebook, pengguna akaun Hafiz Mansor menyatakan beberapa kaedah yang diyakininya boleh menarik perhatian perokok tegar untuk mematuhi kempen larangan merokok di premis makanan.

Hafiz berkata, pelekat larangan merokok sepatutnya ditampal di meja kerana melalui cara itu ia lebih mudah disedari pelanggan.

Dia juga berkata, ayat tertentu boleh digunakan sebagai daya penarik.

“Perokok yang tidak hisap rokok di kedai makan adalah lelaki idaman saya - Neelofa,” katanya.

Hafiz melontarkan cadangan tersebut kerana berpendapat kaedah papan tanda sedia ada berkemungkinan gagal memberi mesej kerana ia tidak disedari oleh pelanggan.

Walaupun mengakui terhibur, Neelofa, pelakon drama popular Suri Hati Mr Pilot itu sempat berpesan agar orang ramai sentiasa mematuhi peraturan larangan merokok di premis makanan seluruh negara.

Larangan itu berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS