Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Iklan acah Vroom Vroom tak menjadi, Nabila masih kena kecam

Terkenal sebagai selebriti yang selalu memanfaatkan kelebihan tular di media sosial untuk mempromosi lagu, penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengaku kaedah itu membawa kesan negatif buat single terbarunya Vroom Vroom.

Puncanya, Nabila memuat naik iklan acah berupa beberapa keping gambar di Instagram namun tiada keterangan disertakan bersama. Dia juga menetapkan agar hantaran tersebut tidak boleh dikomen oleh sesiapa.

Lebih 3,000 gambar lain yang sebelum ini ada dalam akaun itu pula dipadamkan.

Namun Nabila dituduh melakukan gimik seperti single terdahulunya.

“Masih terima kecaman, tapi nasib baik tak sehebat dulu.

"Ini semua berlaku sebab netizen buat andaian sendiri apabila nampak tak ada gambar kecuali iklan acah dalam IG saya,” katanya.

Pemilik nama penuh Nur Nabila Mohd Razali itu ditemui pada majlis pelancaran Vroom Vroom di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur semalam.

Kini lebih memilih

Beberapa hari sebelum pelancaran single keempatnya itu, tindakan Nabila, 26, melenyapkan lebih 3,000 imej di Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya peminat.

Sesetengah pihak membuat andaian bahawa tindakan itu tidak ubah seperti gimik pernah dilakukan untuk single ketiganya yang popular iaitu Pematah Hati.

Mengulas lanjut, Nabila berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu peminat lebih terarah kepada sangkaan negatif. Justeru, katanya, dia sengaja menutup ruangan komen.

“Saya nak peminat fokus pada karya terbaru, tak mau ada perkara negatif untuk tahun 2019 ni,” katanya.

Vroom Vroom dihasilkan selepas lebih setahun Nabila tidak hadir dengan sebarang lagu terbaru.

Muzik video Vroom Vroom menampilkan beberapa rakan artis sebagai pelengkap jalan ceritanya seperti Fendy Bakry, Ara Johari, Hael, Nia Atasha dan Sharifah Rose.

Nabila memberitahu, dia memilih untuk menjadi selektif sebelum tampil dengan sesuatu karya kerana mahu memberi impak secukupnya selain mengukuhkan lagi namanya dalam dunia seni.

“Alhamdulilah, selepas lebih setahun, ini merupakan waktu yang tepat untuk saya muncul dengan Vroom Vroom.

“Lirik lagu tu berkisahkan seorang wanita yang perlu meneruskan hidupnya selepas jatuh akibat kekecewaan lampau,” katanya.

Lihat Komen
ADS