Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Polis letak Vanessa dalam lokap takut hilangkan bukti
Diterbitkan:  Jan 30, 2019 8:44 PM
Dikemaskini: 12:44 PM

Suspek yang dikaitkan dengan aktiviti pelacuran menggunakan khidmat pesanan dalam talian, Vanessa Angel ditahan secara rasmi Polis Daerah Jawa Timur hari ini.

Ketua Perhubungan Awam Polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera berkata, surat penahanan Vanessa sebagai tertuduh dikeluarkan secara rasmi pada jam 3 petang (waktu tempatan) tadi.

“Mulai 30 Jan, Vanessa Angel yang kita panggil sebagai suspek, kita tahan secara rasmi.

“Bermula jam 3 petang, bahagian siasatan yang mengeluarkan surat perintah ke atas penahanan telah disiapkan,” katanya seperti dipetik CNN.

Menurut Frans, Vanessa akan didakwa dan mungkin berdepan hukuman lima tahun penjara.

“Rasmi kita lakukan penahanan sesuai dengan syarat objektif iaitu ancaman hukuman yang bersangkutan lima tahun,” katanya.

Selain terma objektif berdasarkan undang-undang, penahanan pelakon itu juga dipertimbangkan mengikut beberapa syarat yang lain.

“Dia ditahan sebab khuatir dia menghilangkan bahan bukti, melarikan diri atau mengulangi perbuatannya,” katanya.

Vanessa akan ditahan di Balai Polis Jawa Timur selama 20 hari dan berkemungkinan berdepan hukuman maksimum enam tahun penjara.

Pada 5 Jan lalu, Vanessa dicekup oleh polis ketika berada di atas ranjang bersama seorang lelaki di sebuah hotel mewah.

Lihat Komen
ADS