Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Tangisan iringi konsert Dewa 19 saat nama Ahmad Dhani disebut

Tidak dapat menahan sebak, Dul Jaelani yang merupakan anak pengasas dan vokalis band Dewa 19 menumpahkan air matanya saat nama bapanya, Ahmad Dhani disebut di pentas.

Ia berlaku sewaktu giliran penyanyi Ari Lasso membuat persembahan di Konsert Reunion Dewa 19 featuring Ari Lasso dan Once Mekel yang berlangsung malam ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Ketika itu, suasana sebak menyelubungi stadium sebaik Ari, 46, mengajak ribuan peminat Dewa yang juga dikenali sebagai 'baladewa' mendendangkan bait-bait lagu Hadapi Dengan Senyuman.

Sambil menitipkan pesan kepada semua peminat untuk menghadapi rintangan dengan tenang, lagu tersebut ditujukan kepada vokalis Dewa Ahmad Dhani yang kini menjalani hukuman penjara di Cipinang, Jakarta.

Pada konsert itu, Dul Jaelani, 18, tampil menggantikan bapanya sebagai pemain keyboard.

Dul Jaelani

Ahmad Dhani, 46, menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah menyebarkan kata-kata kebencian di media sosial oleh mahkamah Indonesia pada 28 Jan lalu.

Konsert itu pada asalnya turut membariskan Ahmad Dhani.

Selain Dul Jaelani, anak sulung Ahmad Dhani, Ahmad Al Ghazali atau Al turut dilihat berada di barisan depan antara kira-kira 7,000 baladewa yang hadir.

Al dipeluk sahabat-sahabat yang mengiringinya manakala Dul ditenangkan oleh Ari sendiri.

Bagai mengimbau kenangan keluarga mereka, montaj yang mengiringi lagu tersebut memaparkan gambar-gambar Ahmad Dhani bersama anak-anaknya.

Antara lagu diyanyikan Ari adalah Restoe Bumi, Aku Manusia Biasa, Takkan Ada Cinta dan Manusia Biasa.

Sementara itu, Once pula menyampaikan lagu-lagu seperti Pangeran Cinta, Dua Sedjoli, Kosong dan Dewi.

Ahmad Al Ghazali

Lihat Komen
ADS