Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Syria cekalkan jiwa Joss Stone
Diterbitkan:  Mar 5, 2019 4:34 PM
Dikemaskini: 8:50 AM

Penyanyi Joss Stone bersyukur dia tidak mengalami sebarang kejadian buruk sewaktu menyeberangi sempadan Syria untuk mengadakan sebuah persembahan berskala kecil di negara itu.

Bagaimanapun, Joss mendedahkan pengalaman dilaluinya itu sebagai menakutkan kerana tidak dapat menjangka kejadian yang mungkin berlaku.

“Kami berjaya menyeberang Syria Kurdistan. Ia sedikit menakutkan menyeberang sempadan kerana sudah tentu kami tidak tahu apa bakal terjadi.

“Kami terpaksa letakkan kepercayaan kepada individu yang membantu, menasihatkan serta menjaga kami,” katanya di Instagram.

Joss mendedahkan pengalaman itu ketika dia berada dalam tandas di sebuah bilik hotel selepas mengadakan persembahan di Derik.

Menurut laporan The Independant, Joss, 31, mahu mengadakan persembahan di setiap pelusuk negara sebagai melengkapkan sebahagian siri konsert Jelajah Total World Tour.

Dalam status dimuat naik, penyanyi lagu You’ve Got The Love itu juga berkata, nasib penduduk Syria dan Kurdistan perlu diberi perhatian segera.

“Syria tidak boleh diabaikan, Kurdistan tidak boleh diabaikan. Terdapat banyak kekecewaan yang hadir dari pelbagai arah.

“Saya dengar IS menyerah kalah semalam, tetapi itu tidak bermaksud semua sudah berakhir untuk penduduk Syria atau bangsa Kurdhish, ia amat payah, sebuah kisah yang saya tidak wajar ceritakan.

“Tetapi apa saya boleh katakan adalah banyak yang dipelajari walaupun dalam tempoh yang singkat dan saya berharap keamanan akan tiba kepada setiap orang tidak lama lagi,” katanya.

Persembahan Joss itu disaksikan oleh 70 orang saja dalam sebuah dewan kecil di sudut Timur Laut Syria.

 

Lihat Komen
ADS