Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Kelantan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti setiap aspek permainan Makyung agar ia patuh syariah, kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri Mej (B) Md Anizam Abdul Rahman.

"Kita akan cuba (memberi kebenaran kepada permainan Makyung). Kita (telah) bentuk jawatankuasa untuk nilai perkara yang patuh syariah (dalam permainan Makyung).

Itu peringkat dia sekarang (menilai permainan Makyung). Bukan pertunjukan di depan panel lagi tapi baru di peringkat jawatankuasa. Wayang kulit dah lama kita benarkan (dimainkan di Kelantan)," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu, hari ini.

Semalam, seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa Kerajaan Negeri Kelantan agar menarik balik pengharaman Makyung, wayang kulit dan lain-lain seni warisan budaya Melayu demi kelangsungan dan pemeliharaan budaya.

Karima Bennounce yang merupakan Pelapor Khas PBB dalam bidang hak kepada budaya, dipetik sebagai berkata jika penggiat kesenian tersebut meninggal dunia, seni itu juga akan ‘mati’ bersama-sama mereka, bermakna rakyat Malaysia, khususnya anak Kelantan akan kehilangan sebahagian daripada budaya mereka.

-Bernama

Lihat Komen
ADS